Mitsubishi Motors Malaysia hulur sumbangan tunai, laptop kepada badan kebajikan

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Motors Malaysia (MM) selaku pengedar rasmi kenderaan berjenama Mitsubishi di Malaysia baru-baru ini telah menghulurkan sumbangan berbentuk tunai serta sumbangan laptop kepada badan amal.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Sumbangan tunai bernilai RM35,000 itu disalurkan kepada First International Soccer Academy Malaysia (FISA), di mana MMM berhasrat untuk menyokong usaha yang dilakukan oleh FISA untuk membantu kanak-kanak khususnya daripada golongan B40.

Menurut CEO MMM, Tomoyuki Shinnishi menjelaskan, "Sejajar dengan usaha untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomik bagi membantu keluarga yang kurang berkemampuan, kami berharap sumbangan ini dapat membantu memperkembangkan lagi kecekapan anak-anak muda, serta memberikan peluang untuk terus cemerlang dan menjalani kehidupan yang lebih baik.

Selain daripada itu, MMM juga turut menyumbang bantuan laptop kepada Pertubuhan Kebajikan Yesuwin Mahligai Selangor (PKYMS) bagi membantu pelajar yang terjejas akibat COVID-19, serta membantu hal-hal pentadbiran Arthritis Foundation Malaysia (AFM).

"Kami sedar, ramai pelajar di rumah kebajikan berada di dalam serba kekurangan tanpa teknologi yang diperlukan untuk meneruskan proses pembelajaran. Kami berharap dengan sumbangan ini agar dapat membantu kanak-kanak untuk proses pembelajaran di rumah di sepanjang pandemik ini," tambah Shinnishi lagi.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk setiap pembelian dua versi model Triton ini, pembeli akan menerima duit raya bernilai RM2,000…
Berita Domestik
Pembesaran bilik pameran terbaru itu merupakan bilik pameran terbesar Mitsubishi Motors di Kuching…
Berita Domestik
Datang eksklusif dalam warna White Diamond, Triton AT Premium ini membawakan kemasan bampar depan…