Mitsubishi Motors lancarkan program kenderaan pra-milik Mitsubishi, Max Certified

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Mitsubishi Motors Malaysia hari ini telah melancarkan Max Certified, sebuah program kereta pra-milik yang menawarkan pelanggan pengalaman lebih lancar untuk membeli kereta terpakai Mitsubishi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di bawah program Max Certified, pelanggan boleh menyemak imbas pelbagai model pra-milik Mitsubishi tersedia di semua pengedar Mitsubishi Motors di seluruh negara.

Ia menawarkan jaminan bahawa setiap kereta terpakai menjalani pemeriksaan menyeluruh 150 bahagian oleh pakar Mitsubishi terlatih bagi menjamin kualiti mengikut standard Mitsubishi Motors.

Menariknya, setiap kereta di bawah program itu disertakan dengan waranti 12 bulan yang meliputi pembaikan atau penggantian enjin, transmisi, stereng, dan komponen elektrik disebabkan oleh kerosakan mekanikal.

 

2

 

Pelanggan yang membeli kenderaan di bawah Max Certified juga akan menerima e-baucar perkhidmatan bernilai RM500, yang boleh ditebus di pusat servis MMM semasa penyelenggaraan berkala.

Semua model Mitsubishi terpakai yang dijual di bawah program itu berumur tujuh tahun ke bawah dengan jarak perbatuan yang kurang daripada 180,000 km.

Model yang dijual turut dilengkapi dengan alat ganti tulen daripada pusat servis sah MMM, bebas daripada kemalangan besar dan kerosakan banjir, dan disertakan dengan rekod servis lengkap dari pusat servis sah Mitsubishi Motors.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Max Certified, anda boleh layari laman web Mitsubishi Motors Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk setiap pembelian dua versi model Triton ini, pembeli akan menerima duit raya bernilai RM2,000…
Berita Domestik
Pembesaran bilik pameran terbaru itu merupakan bilik pameran terbesar Mitsubishi Motors di Kuching…
Berita Domestik
Datang eksklusif dalam warna White Diamond, Triton AT Premium ini membawakan kemasan bampar depan…