Mitsubishi Motors lancar pusat pameran digital

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) selaku pengedar rasmi kenderaan berjenama Mitsubishi baru-baru ini melancarkan pusat pameran dalam talian bagi menawarkan pengalaman pembelian digital khusus untuk tujuan rujukan dan pembelian kenderaan baharu Mitsubishi kepada para pelanggan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi perkhidmatan terbaharu ini, Mitsubishi menawarkan inovasi bagi memudahkan perjalanan pembelian tradisional kepada pengalaman penuh digital, semua didalam satu laman web interaktif yang cukup lengkap.

Pusat pameran dalam talian Mitsubishi ini menawarkan paparan 360 darjah, di mana dengan menggunakan butang fungsi interaktif, pelanggan boleh meneliti setiap informasi dan butiran yang ditawarkan pada sesebuah kereta baharu lengkap dengan galeri gambar dari pelbagai sudut pandangan.

Ciri Test Drive 2U yang dilancarkan pada Mei 2020 kini diteruskan bagi membolehkan pelanggan memandu uji kenderaan pilihan tanpa perlu berkunjung ke pusat pameran fizikal, selain boleh memilih lokasi kegemaran bergantung kepada terma yang telah ditetapkan.

Ciri tempahan dalam talian juga boleh dilakukan menerusi fungsi Booking Assist, tanpa memerlukan pelanggan hadir sendiri ke pusat pameran fizikal.

Pelanggan hanya perlu mengisi borang yang disediakan, dan pengedar sah MMM akan menghubungi sendiri pelanggan untuk membantu mereka menguruskan tempahan bermula dari urusan pembiayaan sehinggalah kepada permohonan insurans.

Selain daripada itu, MMM kini berkolaborasi dengan myTukar yang menawarkan promosi khusus untuk pelanggan Mitsubishi yang mahu membuat trade-in menerusi pusat pameran dalam talian Mitsubishi.

Pelanggan yang berminat untuk membuat trade-in boleh menghantar borang bantuan pertukaran, di mana mereka boleh meminta opsyen untuk melakukan pemeriksaan kenderaan, penyerahan kenderaan, proses serah milik, serta pengambilan kereta yang dijual yang boleh dibuat di mana sahaja.

MMM juga sebelum ini telah memperkenalkan aplikasi mudah alih MITSUBISHI CONNECT yang menawarkan khidmat selepas jualan menerusi platform digital.

Aplikasi ini menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan seperti menguruskan tempahan jadual servis, melihat sejarah penyelenggaraan kenderaan serta mendapatkan peringatan untuk sela masa servis yang seterusnya dengan lebih mudah.

Pusat pameran dalam talian Mitsubishi boleh dilayari menerusi pautan di bawah:
https://www.mitsubishi-motors.com.my/onlineshowroom/

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk setiap pembelian dua versi model Triton ini, pembeli akan menerima duit raya bernilai RM2,000…
Berita Domestik
Pembesaran bilik pameran terbaru itu merupakan bilik pameran terbesar Mitsubishi Motors di Kuching…
Berita Domestik
Datang eksklusif dalam warna White Diamond, Triton AT Premium ini membawakan kemasan bampar depan…