Mitsubishi Motors catat rekod tertinggi tahun 2022 - 24,017 unit terjual

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) selaku pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia mencatatkan rekod jualan tertinggi berjumlah 24,017 unit sepanjang tempoh Januari hingga Disember 2022.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pencapaian ini diterjemahkan kepada peningkatan sebanyak 37.3 peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2021, dan menjadikan Mitsubishi jenama bukan nasional nombor tiga di Malaysia dengan pegangan pasaran sekitar 3.3 peratus.

Pencapaian itu disumbangkan oleh Xpander (59.6 peratus daripada jumlah keseluruhan), dengan 14,316 unit telah terjual untuk tempoh tersebut, peningkatan sebanyak 93.5 peratus berbanding 2021.
 

xpander


Selain itu, trak pikap Triton menguasai 40.4 peratus angka jualan MMM, di mana sebanyak 9,697 unit telah dijual dari Januari hingga Disember 2022, peningkatan sebanyak 4.6 peratus berbanding 2021.

Mitsubishi Triton juga kini trak pikap nombor dua di dalam segmen yang sengit dengan pelbagai jenis model yang ada di pasaran.

Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda berkata, "MMM amat berbesar hati dan mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan Mitsubishi atas sokongan yang tidak berbelah bagi.

"Salah satu pencapaian kami pada tahun ini ialah jualan 100,000 unit trak pikap Triton sejak penubuhan MMM pada tahun 2005.
 

Triton


"Kami juga mengalu-alukan berita baik pada penghujung tahun lepas di mana pasukan Team Mitsubishi RALLIART telah berjaya mengungguli Asia Cross Country Rally (AXCR) dengan menggunakan Triton Rally Car.

"Triton Rally Car dibina berdasarkan Triton produksi massa, dengan beberapa modifikasi bagi memenuhi keperluan keselamatan untuk perlumbaan. Kesemua elemen seperti prestasi tinggi, ketahanan, keselesaan dan pengendalian yang baik telah diterapkan ke dalam produk asal di pasaran, dan semua pelanggan Mitsubishi dapat menikmati DNA sukan permotoran di dalam kenderaan mereka," ujarnya lagi.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk setiap pembelian dua versi model Triton ini, pembeli akan menerima duit raya bernilai RM2,000…
Berita Domestik
Pembesaran bilik pameran terbaru itu merupakan bilik pameran terbesar Mitsubishi Motors di Kuching…
Berita Domestik
Datang eksklusif dalam warna White Diamond, Triton AT Premium ini membawakan kemasan bampar depan…