Mitsubishi Motors buka kilang baharu di Indonesia - Mahu gajikan 3 ribu pekerja!

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Mitsubishi Motors Corporation (MMC) pada hari ini telah merasmikan kilang baharu di Indonesia yang bernilai AS 565 juta (RM2.47 bilion). MMC bakal menggunakan tiga ribu pekerja menjelang Mac 2018 dan kilang itu mampu menghasilkan 160 ribu kenderaan setahun melalui operasi penuh. Hadir pada majlis tersebut ialah Presiden Indonesia, Joko Widodo, Pengerusi MMC, Carlos Ghosn dan Ketua Eksekutif, Osamu Masuko. Kilang itu bakal mengukuhkan lagi 'keberadaan' MMC di Indonesia dan juga rantau ASEAN. Ia terletak di Kawasan Perindustrian GIIC di Bekasi dan memakan masa dua tahun untuk disiapkan. Kilang itu dibina hasil usahasama MMC dengan Mitsubishi Corporation (MC) dan rakan tempatan, PT Krama Yudha (KY). Output pertama kilang baharu ialah Pajero Sport yang kemudian bakal disusuli oleh MPV tujuh tempat duduk baharu dan kenderaan komersil ringan COLT L300. Pembukaan kilang di Bekasi ini ialah sebahagian daripada strategi pengembangan MMC di rantau ASEAN di mana mereka turut mempunyai fasiliti pemasangan di Thailand dan Filipina. Perkembangan syarikat disokong oleh Nissan yang telah memiliki 34 peratus saham MMC pada 2016 seterusnya menjadi ahli baharu dalam pakatan global Renault-Nissan. [caption id="attachment_28509" align="alignnone" width="1000"]Mitsubishi Sport (C) Mitsubishi Motors Mitsubishi Sport (C) Mitsubishi Motors[/caption] Pengerusi MMC dan Renault-Nissan Alliance, Carlos Ghosn berkata,"Kilang ini adalah simbolik kepada keyakinan kami di Indonesia, rantau ASEAN dan prospek perkembangan Mitsubishi Motors. Kami bangga dapat mewujudkan peluang kerja dan melabur di salah satu lokasi ekonomi yang penting dan terbesar di rantau ini, ia akan menjadi pengkalan pengilangan dan eksport yang kuat untuk pakatan kami." Permintaan di Indonesia dengan penduduk yang melebihi 260 juta orang dan populasi keempat terbesar di dunia dijangka akan berkembang pantas. Pemilikan kenderaan di Indonesia kini mempunyai nisbah 78 kepada 1,000 orang dan ia masih dibelakang China dan separuh daripada nisbah pemilikan di Thailand. Perkembangan MMC di Indonesia adalah selari dengan penambahan pelaburan di Thailand dan Filipina sebelum ini. Mengenai Pakatan Renault-Nissan pula, MMC dijangka akan menyumbang kepakaran mereka dalam kenderaan segmen pikap, 4&4 dan juga SUV. Penyertaan MMC ke dalam Pakatan Renault-Nissan menjadikan mereka kumpulan automotif ketiga terbesar di dunia. Foto: Mitsubishi Motors Global dan Indonesia Penulis: Muhammad Md Tajudin