Acara ini memberi peluang kepada orang ramai merasai sendiri keupayaan sebenar Mitsubishi Triton melalui laluan off-road yang direka khas. Antara halangan yang akan menguji kebolehan trak pikap ini termasuk:
Uneven Rocky Terrain – Mensimulasikan keadaan ladang atau tapak binaan, laluan ini menonjolkan prestasi sistem Super Select 4WD-II dan 7 mod pemanduan Triton untuk cengkaman maksimum di pelbagai permukaan.

Elephant Steps – Halangan mencabar yang memerlukan penggunaan gear rendah 4LLc, membuktikan kuasa pacuan empat roda Triton walaupun satu tayar terangkat.

Side Ramp – Triton diuji pada cerun 45 darjah untuk menunjukkan kekakuan casis baharu serta kestabilan jentera ini.

Water Wading Challenge – Laluan air setinggi 700mm mensimulasikan senario banjir kilat dan membuktikan keupayaan Triton mengharunginya dengan mudah.

U-Turn Obstacle Course – Demonstrasi mod 4H pacuan empat roda penuh untuk pemanduan di jalan raya, membolehkan pusingan U dilakukan dengan lancar seperti SUV.
Selain itu, pengunjung boleh menyertai Water Bucket Test Drive Challenge, iaitu cabaran mengendalikan Triton sambil memastikan baldi air tidak tumpah. Hadiah menarik menanti pemandu paling lancar, termasuk Naturehike Camping Wagon bernilai RM500, Naturehike Foldable Box 50L (RM400), dan kipas mudah alih (RM200).
Mitsubishi Triton Athlete kini ditawarkan pada harga RM159,980 (atas jalan tanpa insurans di Semenanjung Malaysia) dilengkapi rekaan agresif, prestasi mantap dan ciri lasak.
Sempena sambutan ulang tahun ke-20 Mitsubishi Motors Malaysia, pelanggan boleh menikmati penjimatan sehingga RM18,000 untuk model Triton bagi tempoh terhad.
Setiap pengunjung yang memandu uji mana-mana model Mitsubishi akan menerima Foldable Bucket Bag secara percuma. Manakala mereka yang membuat tempahan kenderaan akan membawa pulang Naturehike Cooler Box, sesuai untuk aktiviti luar dan percutian hujung minggu.
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai hujung minggu penuh aksi dan pengalaman off-road sebenar bersama Mitsubishi Triton di AEON Kota Bharu.