Mitsubishi Mirage dan Attrage facelift bakal dilancarkan di Thailand

oleh Muhammad Md Tajudin|
Selepas SUV ASX diberikan nafas baharu, Mitsubishi bakal melancarkan dua lagi model dengan wajah baharu (facelift) iaitu Mirage dan Attrage. Model sedan dan hatchback global itu bakal diperkenalkan di Thailand pada 18 November 2019.

Dari gambar rasmi yang dikongsi, kedua-dua model itu tampil dengan gaya Dynamic Shield seperti model-model terbaru Mitsubishi.

Satu perkara menarik tentang kedua-dua model ini ialah kitaran penjualannya yang panjang, Mirage generasi keenam diperkenalkan pada tahun 2011 dan mula dijual pada tahun berikutnya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Attrage teaser

 

Mirage kemudian dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan pada 19 November 2012. Attrage pula diperkenalkan pada tahun yang sama dan versi tempatan dilancarkan pada 12 November 2013.

Di pasaran global Mirage facelift diperkenalkan pada 2015 dan berbanding di negara kita, model kompak ini terus dijual dibeberapa negara seperti Amerika Syarikat sehingga sekarang.

Kini memasuki usia ketujuh, Mitsubishi masih mempercayai Attrage dan Mirage dan disebaliknya ada sebab yang kukuh.

Mirage dan Attrage adalah model strategik global Mitsubishi dengan jualan pada tahun fiskal mencecah 140,000 unit.

 

Mitsubishi Mirage pasaran AS
Mitsubishi Mirage pasaran AS

 

Berdasarkan prestasi jualan tersebut, pelancaran model facelift ini adalah suatu yang munasabah dan boleh dipasarkan untuk beberapa tahun lagi.

Selain rekabentuk yang diperbaharui, Mitsubishi tidak mendedahkan perubahan pada enjin dan transmisi. Untuk versi sedia ada, Mirage dan Attrage dikuasakan oleh enjin 1.2L tiga silinder (78hp) dengan pilihan transmisi CVT atau lima kelajuan manual.

Tentang sama ada Mirage atau Attrage bakal dipasarkan semula ke negara kita, kami juga belum dapat mengesahkannya. Umum diketahui pasaran segmen A dan B tempatan 'dipasak kuat' oleh Perodua dan Proton.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Mitsubishi Mirage G4 (Attrage)
Mitsubishi Mirage G4 (Attrage) pasaran AS

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Setelah sekian lama, Mitsubishi akhirnya mengumumkan penamatan produksi bagi hatchback segmen B…
Berita Global
Pada pameran sama, Mitsubishi turut memperkenalkan Xpander facelift yang sebelum itu dilancarkan…
Berita Global
Mitsubishi Mirage 2020   Menariknya Mirage terus popular sehingga menjadi model ketiga…