Mitsubishi Mirage 2020 - penampilan Dynamic Shield, warna baharu

oleh Mohamad Hanif|
Hatchback segmen A dari Mitsubishi, Mitsubishi Mirage merupakan model terkini yang menerima kemaskini bahasa rekaan ikonik Dynamic Shield.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ia diperkenalkan secara rasmi oleh Mitsubishi mendahului acara Thailand Motor Show yang bakal diadakan di Bangkok pada hujung bulan ini. 

Dari segi luaran, ia menampilkan kemas kini yang lebih malar segar dimulakan dengan pemakaian identiti Dynamic Shield, reka bentuk gril yang lebih baharu dengan elemen warna merah, serta lampu utama dari jenis LED. 

 


Rekaan bumper juga serba baharu manakala keempat-empat sudut tayar menerima set rim bersaiz 15 inci. 

Tidak ketinggalan, bahagian belakang hatchback ini turut menerima set lampu LED serba baharu yang menyerlahkan lagi imej hatchback yang sudah pun berusia ini. 

Dua warna baharu ditawarkan kepada Mitsubishi Mirage 2020, iaitu Sand Yellow serta White Diamond untuk kedua-dua versi sedan (Attrage) dan hatchback. 

 


Ruang kabin juga turut menerima perubahan dari segi visual, terima kasih kepada penggunaan fabrik yang serba baharu serta gandingan upholsteri kulit sintetik. 

Unit hiburan pula didatangkan dengan sistem Smartphone Display Audio (SDA) bersaiz tujuh inci, serta menyokong sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto. 

Papan pemuka Mirage didatangkan dengan kemasan corak gentian karbon pada meter instrumen dan panel suis tingkap kuasa, manakala perubahan lain termasuklah perehat tangan yang direka semula serta penggunakan trim fabrik di kawasan sentuhan tangan. 
 


Dari segi kuasa, tiada sebarang perubahan mekanikal dibuat terhadap enjin 1.2 liter aspirasi natural, dan masih kekal dengan angka 78 kuasa kuda dan 100 Nm daya kilas yang dipadankan dengan transmisi CVT atau manual lima kelajuan. 

Mitsubishi Mirage akan dipamerkan bersama-sama kembarnya Attrage pada acara Thailand Motor Show penghujung bulan ini. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Setelah sekian lama, Mitsubishi akhirnya mengumumkan penamatan produksi bagi hatchback segmen B…
Berita Global
Pada pameran sama, Mitsubishi turut memperkenalkan Xpander facelift yang sebelum itu dilancarkan…
Berita Global
Mitsubishi Mirage 2020   Menariknya Mirage terus popular sehingga menjadi model ketiga…