Mitsubishi Malaysia umum Shinya Ikeda sebagai CEO baharu

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Motors Malaysia hari ini mengumumkan pelantikan Shinya Ikeda sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu MMM bagi menggantikan peranan Tomoyuki Shinnishi yang memegang jawatan itu sejak Oktober 2016.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sebelum ini, beliau memegang jawatan sebagai Pengurus Besar Mitsubishi Corporation Jepun sejak tahun 2019.

Ikeda memulakan karier di Jepun pada tahun 1995 sebelum menyertai Mitsubishi Corporation pada tahun 2008, di mana tugas pertama beliau adalah untuk menguruskan pelaburan perniagaan automotif di Malaysia.

Bermula Mei 2009 hingga Mei 2012, Ikeda pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) dan Pengurus Besar Mitsubishi Motors Malaysia (MMM).

Beliau turut memiliki pengalaman bekerja di beberapa buah negara seperti Jepun, Indonesia, Russia dan Jerman.
 

Triton


"Saya berasa amat teruja untuk menyertai kembali pasukan MMM yang kini sudah menjadi salah satu daripada jenama peneraju di dalam negara.

"Seperti yang diumumkan oleh Mitsubishi Motors Corporation (MMC), kami akan terus memfokuskan kepada pasaran ASEAN, khususnya Malaysia sebagai salah satu pasaran terpenting di dalam dunia untuk memperluaskan lagi kehadiran jenama Mitsubishi.

Di bawah kepimpinan Shinnishi, syarikat MMM telah berjaya memperkenalkan beberapa buah model termasuklah Triton baharu dan crossover XPANDER tujuh tempat duduk, malah XPANDER kini menjadi MPV nombor satu dalam kategori bukan nasional, sementara Mitsubishi Motors kini menjadi salah satu daripada tiga jenama bukan nasional teratas di Malaysia.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk setiap pembelian dua versi model Triton ini, pembeli akan menerima duit raya bernilai RM2,000…
Berita Domestik
Pembesaran bilik pameran terbaru itu merupakan bilik pameran terbesar Mitsubishi Motors di Kuching…
Berita Domestik
Datang eksklusif dalam warna White Diamond, Triton AT Premium ini membawakan kemasan bampar depan…