Mitsubishi Malaysia sumbang Triton kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) selaku pengedar rasmi kenderaan berjenama Mitsubishi di Malaysia baru-baru ini menyumbangkan sebuah trak pikap Triton kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), sebuah badan bukan berasaskan keuntungan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 1966 dalam memberikan sokongan dan perkhidmatan berkaitan kanser.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Trak Triton itu akan digunakan oleh NCSM untuk memberikan khidmat kepada komuniti luar bandar, terutama kawasan miskin bandar dan kampung yang tidak mempunyai akses kepada kemudahan saringan.

Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda menjelaskan, "Mitsubishi Motors menyokong usaha murni NCSM dalam menjalankan misi meningkatkan kesedaran umum terhadap pencegahan, saringan dan pengesanan awal kanser. Selari dengan visi CSR kami 'Inspiring Lives Today for a Greater Future', kami faham kejayaan tidak seharusnya diukur dari segi bilangan kenderaan di atas jalan raya, akan tetapi kualiti kehidupan setiap insan yang telah ditambah baik di sepanjang perjalanan tersebut.

"Sebagai sebahagian daripada masyarakat Malaysia yang bertanggungjawab, kami amat berbesar hati untuk memenuhi CSR kami dengan menggunakan kekuatan inovatif 4x4 kami untuk membawakan penambahbaikan yang lebih besar terhadap masyarakat," ujarnya lagi.

Dibiayai sepenuhnya oleh sumbangan sukarela orang awam, NCSM menawarkan sokongan penuh kepada pesakit dan penjaga dalam memahami dan menangani kanser dalam pelbagai fasa, menerusi Klinik Saringan Kanser dan Kesihatan, Pusat Perubatan Nuklear, Pusat Sumber dan Kesejahteraan, Rumah Harapan Dewasa dan Rumah Harapan Kanak-kanak.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dikendalikan oleh Auto Pacifica Sdn Bhd, ia merupakan pusat 4S yang pertama dibuka, dan pusat…
Sukan Bermotor
Bukan untuk pelancaran produk terbaharu, akan tetapi kami diberikan peluang untuk merasai sendiri…
Berita Domestik
Ini merupakan pust pengedar Mitsubishi yang ke-16 dibuka di Lembah Klang, serta outlet Mitsubishi…