Mitsubishi Malaysia sumbang Triton kepada Dignity Farm School

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah mendermakan sebuah trak pikap Triton 4x4 kepada Dignity Farm School, sebuah pusat sehenti dan pusat pembelajaran komuniti yang dikhususkan untuk golongan yang tidak berkemampuan.

Penyerahan trak pikap tersebut dilakukan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi baru-baru ini bertempat di Bentong, Pahang.

Trak pikap Triton ini akan digunakan untuk operasi harian ladang tersebut, selain digunakan untuk menghantar anak Orang Asli ke sekolah di mana mereka menimba ilmu berkenaan pembangunan komuniti, agrikultur dan pengembangan kemahiran.

Menurut Tomoyuki Shinnishi, "kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Dignity Farm School, di mana ia merupakan sebuah tempat yang bukan sahaja mencurahkan ilmu berkaitan industri perladangan, akan tetapi sebagai sebuah tempat yang mampu membantu golongan kanak-kanak yang kurang berkemampuan untuk menceburi bidang pertanian dan pelancongan yang memerlukan inovasi dan tenaga kerja.
 

Tritron


Tambah beliau, "Mitsubishi Triton 4x4 telah pun terbukti lulus dalam pelbagai ujian ketahanan, dan kami berharap sumbangan ini mampu membantu Dignity Farm School untuk menempuh apa jua cabaran yang dihadapi.

Visi CSR Mitsubishi Motors untuk tahun 2021 adalah "Inspiring Lives Today for a Greater Future" di mana ia bertujuan untuk memberikan sumbangan bagi menyokong golongan kanak-kanak yang kurang berkemampuan, serta bekerjasama dengan badan NGO dalam mempromosikan persekitaran, masyarakat dan ekonomi yang lestari.

Sebelum ini, Mitsubishi Motors telah mendermakan Box of Hope yang merangkumi barangan keperluan dan makanan kepada lebih 150 keluarga B40 di seluruh negara.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sepanjang tempoh tersebut, MMM telah berjaya mengedarkan kira-kira 1,521 unit dengan pegangan…
Berita Domestik
  Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA Superintendan Azhari Nusi berkata, anggota bertugas telah…
Berita Domestik
  “Alkisah petang tadi niat hati nak cuba`lah uji kekuasaan kereta yang lama tidak dicuba ini.…