Mitsubishi Malaysia sumbang trak pikap Triton kepada INSAF Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR), Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) menyumbangkan trak pikap Triton 4x4 kepada pertubuhan bukan kerajaan INSAF Malaysia dalam menjalankan misi-misi kemanusiaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Trak pikap Triton itu akan digunakan oleh INSAF Malaysia dalam menyalurkan bantuan berbentuk makanan kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti rumah anak yatim dan rumah kebajikan, serta bantuan 'Meals on Wheels' bagi golongan berusia yang diabaikan atau tinggal bersendirian.

NGO itu juga turut membina rumah perlindungan bagi membantu mangsa-mangsa bencana alam.

Menurut Tomoyuki Shinnishi, CEO MMM berkata, "Visi CSR kami pada tahun ini adalah 'Inspirasi Kehidupan Hari ini untuk Masa Hadapan yang Lebih Hebat'. Disamping menjalankan program CSR tersendiri, kami juga mahu menyokong usaha kemanusiaan yang dijalankan oleh INSAF Malaysia dengan menyumbang trak pikap Triton dengan harapan badan NGO ini mampu bergerak dengan lebih jauh dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Bercakap ketika majlis penyerahan, Presiden dan Pengasas INSAF Malaysia, Ishak bin Abdul Kadir berkata, "kami telah menyaksikan sendiri golongan yang mengalami masalah kekurangan nutrisi dan makanan terutama ketika pandemik ini.

"Dengan usaha ini, kami mahu memastikan kanak-kanak atau keluarga tidak tidur dalam keadaan kelaparan, dan kami amat gembira kerana syarikat seperti Mitsubishi Motors sudi menghulurkan bantuan pada masa yang tepat, praktikal dan amat dihargai," tambah beliau lagi.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk setiap pembelian dua versi model Triton ini, pembeli akan menerima duit raya bernilai RM2,000…
Berita Domestik
Pembesaran bilik pameran terbaru itu merupakan bilik pameran terbesar Mitsubishi Motors di Kuching…
Berita Domestik
Datang eksklusif dalam warna White Diamond, Triton AT Premium ini membawakan kemasan bampar depan…