Mitsubishi Malaysia sumbang 3 trak pikap Triton untuk kegunaan PBSMM

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) menyampaikan sumbangan tiga buah trak pikap 4x4 Mitsubishi Triton kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kesemua trak pikap Triton tersebut akan digunakan untuk menyediakan sokongan logistik seperti bekalan makanan, perubatan dan bantuan kemanusiaan kepada mereka yang memerlukan, terutama semasa musim banjir.
 

Triton


CEO Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), Shinya Ikeda berkata, "selaras dengan aktiviti sumabgan sosial Mitsubishi Motors Corporation (MMC), MMM berusaha sedaya upaya untuk menyediakan pelbagai jenis sokongan untuk disalurkan dalam situasi kecemasan.

"Kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan PBSM, sebuah NGO yang  menumpukan masanya untuk aktiviti kemanusiaan.
 

Triton


"Kami yakin kemampuan Triton yang bakal membantu PBSM untuk berdepan dengan situasi jalan yang sukar disebabkan oleh hujan lebat seperti jalan licin, bentuk muka bumi yang tidak rata, serta jalan yang ditenggelami air.

PBSMM telah berpengalaman selama lebih enam dekad di dalam pengurusan bencana dan keselamatan negara berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuklah bantuan awal di dalam Kesiapsiagaan Bencana, Bantuan Bencana semasa dan selepas tragedi, serta bantuan Pemulihan Bencana.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk setiap pembelian dua versi model Triton ini, pembeli akan menerima duit raya bernilai RM2,000…
Berita Domestik
Pembesaran bilik pameran terbaru itu merupakan bilik pameran terbesar Mitsubishi Motors di Kuching…
Berita Domestik
Datang eksklusif dalam warna White Diamond, Triton AT Premium ini membawakan kemasan bampar depan…