Mitsubishi Malaysia pamer model Triton, XPANDER yang diubahsuai di TASKL 2023

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) selaku pengedar rasmi kenderaan berjenama Mitsubishi di Malaysia mengumumkan penyertaan dalam acara pameran Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur yang akan berlangsung bermula 9-11 Jun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terletak di Hall 3, lot C301 di Tingkat 1, reruai Mitsubishi Motors Malaysia akan mempamerkan dua buah Triton dan XPANDER yang telah diubahsuai, serta dua kereta pelanggan yang turut diubahsuai dengan tema gaya hidup yang sporti.
 

TRITON


Para pengunjung acara Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur yang memandu uji model Triton atau XPANDER sepanjang hujung minggu ini akan mendapat barangan eksklusif Mitsubishi Motors, serta berpeluang untuk merebut cabutan bertuah berupa pin tambah nilai Touch ‘n Go bernilai RM300.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web https://tokyoautosalonkl.com/