Mitsubishi Malaysia lancar pusat 3S baharu di Rawang

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Motors Malaysia mengumumkan pembukaan pusat 3S (jualan, servis & alat ganti) bertempat di Rawang yang dikendalikan oleh pengedar Lofty Ambition (Rawang) Sdn Bhd.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ini merupakan pust pengedar Mitsubishi yang ke-16 dibuka di Lembah Klang, serta outlet Mitsubishi keempat yang dimiliki oleh Lofty Ambition selepas tiga pusat pengedar pertama dibuka di Ipoh, Taiping dan Sitiawan.

Fasiliti sebesar 4,000 kaki persegi ini terletak berhampiran dengan Lebuhraya PLUS menjadikannya mudah untuk diakses, dan berada di lokasi utama yang mampu untuk menawarkan khidmat kepada setiap pelanggan Mitsubishi di kawasan sekitar.

Ia membawakan identiti jenama Mitsubishi Motors  yang terkini, lengkap dengan mesej jenama global 'Drive Your Ambition', serta menawarkan kemudahan seperti ruang rehat, sambungan Wi-Fi, serta pusat servis yang lengkap dengan peralatan diagnostik terkini.
 

Shinya Ikeda


Menurut Shinya Ikeda, Ketua Pegawai Eksekutif MMM berkata, "Mitsubishi Motors dan Lofty Ambition telah menjalin kerjasama perniagaan sejak tahun 2014, dan dalam tempoh lapan tahun Lofty Ambition telah mendirikan empat buah pusat pameran Mitsubishi.

"Ini menunjukkan keyakinan syarikat terhadap jenama Mitsubishi, dan komitmen untuk memperkukuhkan kehadiran jenama Mitsubishi di Malaysia.

"Pusat pameran baharu ini mampu memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan di sekitar Lembah Klang, kerana kami melihat potensi besar untuk pertumbuhan perniagaan, khususnya untuk model trak pikap Triton dan crossover tujuh tempat duduk XPANDER.
 

Triton


Sepanjang tempoh separuh pertama tahun ini, Mitsubishi Malaysia telah menjual 12,261 unit kenderaan atau peningkatan sebanyak 63 peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2021.

Dengan penguasaan pasaran 4 peratus, Mitsubishi Malaysia turut mengekalkan kedudukan di tempat tiga teratas bagi kategori jenama bukan nasional di Malaysia.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dikendalikan oleh Auto Pacifica Sdn Bhd, ia merupakan pusat 4S yang pertama dibuka, dan pusat…
Sukan Bermotor
Bukan untuk pelancaran produk terbaharu, akan tetapi kami diberikan peluang untuk merasai sendiri…
Berita Domestik
Trak Triton itu akan digunakan oleh NCSM untuk memberikan khidmat kepada komuniti luar bandar,…