Mitsubishi Malaysia juarai carta kepuasan pelanggan J.D. Power untuk tahun kedua!

oleh Mohamad Hanif|
Menurut kajian kepuasan pelanggan di Malaysia yang dijalankan oleh J.D. Power 2019, Mitsubishi Motors Malaysia sekali lagi dinobatkan sebagai jenama yang memperoleh kadar kepuasan tertinggi dengan jumlah skor sebanyak 791.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai makluman, ini merupakan tahun kedua Mitsubishi Motors Malaysia merangkul pencapaian yang serupa selepas tahun lalu.

Menurut Tomoyuki Shinnishi, CEO Mitsubishi Motors Malaysia berkata, "kami berasa amat gembira berada di kedudukan tertinggi dalam Indeks Perhidmatan Pelanggan Malaysia (Pasaran Massa) yang dijalankan oleh J.D Power untuk tahun ini. 

"Malah, ini merupakan tahun kedua dan kami berjaya mengekalkan kedudukan tiga teratas untuk lima tahun berturut-turut!

"Kejayaan ini menunjukkan komitmen kami dalam memberikan perkhidmatan dan juga pengalaman pelanggan yang positif sejak dari permulaan sehinggalah kepada khidmat selepas jualan.
 


Kajian Indeks Perkhidmatan Pelanggan Malaysia (Pasaran Massa) 2019 dijalankan berdasarkan respons yang diperolah daripada 2,644 pemilik kenderaan baharu yang diterima antara Februari 2016 sehingga Jun 2018, dan menghantar kenderaan mereka untuk diperiksa di pusat servis bertauliah antara Februari 2018 sehingga Jun 2019.

Menurut J.D. Power, kajian ini menekankan kepada kadar kepuasan pelanggan berkenaan proses penyelenggaraan sehinggalah kepada proses memulangkan kenderaan semula dalam tempoh yang disebutkan di atas.

Ini merupakan tahun ke-17 kajian kepuasan pelanggan yang dijalankan oleh J.D. Power dan mereka menggunakan faktor-faktor berikut dalam mengambil kira kadar kepuasan pelanggan seperti:

  • Kualiti Servis (25%)
  • Ambil semula Kenderaan (21%)
  • Permulaan Servis (20%)
  • Fasiliti Servis (17%)
  • Penasihat Servis (16%)

Secara keseluruhannya, J.D. Power mencatatkan purata kepuasan pelanggan bagi industri adalah pada angka 761 mata. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Statistik jualan bagaimanapun menunjukkan bahawa jualan EV sebenarnya meningkat untuk suku pertama…
Berita Domestik
Ia turut digunakan untuk tempoh tertentu terutamanya semasa waktu puncak atau waktu sesak bagi…
Berita Domestik
"Kita berharap kajian itu boleh memberi lebih maklumat berkenaan projek berkenaan," katanya.…