Mitsubishi Malaysia catat rekod jualan tertinggi dalam sejarah Q4 2020, 4,156 kenderaan terjual!

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) selaku pengedar rasmi kenderaan berjenama Mitsubishi di Malaysia mencatatkan rekod jualan tertinggi di dalam sejarah sebanyak 4,156 unit kenderaan untuk suku keempat tahun kewangan 2020 (Januari-Mac 2021).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia merupakan peningkatan sebanyak 135% berbanding suku keempat tahun kewangan 2019 (Januari-Mac 2020), sekaligus meletakkan Mitsubishi di tangga nombor tiga untuk jenama bukan nasional tiga bulan berturut-turut.

Selain daripada itu, Mitsubishi juga mengumumkan peningkatan jualan sebanyak 51 peratus atau 11,554 unit kenderaan terjual untuk tahun kewangan 2020 (April 2020-Mac 2021) berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Sebagai makluman, tahun kewangan MMM 2020 berakhir pada 31 Mac 2021.

Peningkatan jualan ini disumbangkan oleh penerimaan positif rakyat Malaysia terhadap model MPV terbaharu Mitsubishi Xpander yang telah menerima lebih 9,300 buah tempahan semenjak dilancarkan pada November 2020.

Sebanyak 2,742 unit Xpander telah pun diedarkan kepada pemilik masing-masing sehingga kini.

Menurut CEO MMM, Tomoyuki Shinnishi menjelaskan, "disebabkan penerimaan menggalakkan terhadap Xpander baharu, kami kini sedang meningkatkan volum produksi untuk memenuhi permintaan dan tempahan.

Selain daripada Xpander, Mitsubishi Triton juga turut mendapat sambutan yang hangat dengan peningkatan jualan sebanyak 32%, atau 7,568 unit dijual pada tahun kewangan 2020 berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk setiap pembelian dua versi model Triton ini, pembeli akan menerima duit raya bernilai RM2,000…
Berita Domestik
Pembesaran bilik pameran terbaru itu merupakan bilik pameran terbesar Mitsubishi Motors di Kuching…
Berita Domestik
Datang eksklusif dalam warna White Diamond, Triton AT Premium ini membawakan kemasan bampar depan…