Mitsubishi Malaysia catat peningkatan positif penguasaan pasaran Januari-Julai 2020

oleh Mohamad Hanif|
Pengedar rasmi kenderaan berjenama Mitsubishi di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini mengumumkan pencapaian positif dengan penjualan kenderaan sebanyak 4,008 unit untuk tempoh Januari-Julai 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari segi penguasaan pasaran, MMM berjaya meningkatkan pegangan pasaran sebanyak 1.7 peratus berbanding 1.4 peratus untuk tempoh yang sama tahun lalu (Januari-Julai 2019).

Trak pikap Mitsubishi Triton turut mencatatkan 22.2 peratus penguasaan pasaran dari Januari-Julai 2020, peningkatan positif berbanding 16.9 peratus untuk tempoh yang sama tahun lalu.

Ia sekaligus menjadikan model Triton nombor satu di dalam segmen trak pikap double cab di tiga negeri iaitu Melaka, Pulau Pinang dan Kedah.

 


Untuk merancakkan lagi industri automotif negara, Mitsubishi baru-baru ini mengumumkan pengenalan crossover tujuh tempat duduk, Mitsubishi XPANDER yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Menurut Tomoyuki Shinnishi, CEO Mitsubishi Motors Malaysia berkata, "pengenalan crossover tujuh tempat duduk XPANDER ini bakal memberikan kami satu keyakinan untuk mengekalkan momentum jualan yang kuat sehingga akhir tahun.

"Berdasarkan situasi di mana permintaan yang menggalakkan serta kejayaan XPANDER di negara-negara ASEAN, ia memberikan petanda bahawa XPANDER merupakan satu produk yang sesuai bagi memenuhi keperluan pelanggan, dan kami yakin XPANDER akan menambat hati rakyat Malaysia," tambah beliau lagi.

Dalam persiapan bagi menyambut pengenalan Mitsubisi XPANDER, beberapa pusat pameran Mitsubishi akan dinaiktaraf mengikut piawaian terkini Visual Identity (VI) dari Mitsubishi Motors bagi mengekalkan posisi nombor satu syarikat dalam meberikan perkhidmatan selepas jualan yang cemerlang.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk setiap pembelian dua versi model Triton ini, pembeli akan menerima duit raya bernilai RM2,000…
Berita Domestik
Pembesaran bilik pameran terbaru itu merupakan bilik pameran terbesar Mitsubishi Motors di Kuching…
Berita Domestik
Datang eksklusif dalam warna White Diamond, Triton AT Premium ini membawakan kemasan bampar depan…