Mitsubishi Malaysia buka pusat 4S pertama di Bintulu, Sarawak

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Motors Malaysia baru-baru ini melancarkan pembukaan pusat servis Mitsubishi Motors 4S Centre bertempat di Bintulu, Sarawak.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dikendalikan oleh Auto Pacifica Sdn Bhd, ia merupakan pusat 4S yang pertama dibuka, dan pusat pengedar yang ketujuh di Sarawak.

Bangunan kedai dua tingkat dengan keluasan sehingga 10,000 kaki persegi itu bukan sahaja membawakan identiti jenama global Mitsubishi "Drive Your Ambition", malah menyediakan ruang pelanggan yang selesa, kemudahan Wi-Fi serta pusat servis yang boleh menempatkan lima buah kereta pada satu-satu masa.

Selain itu, pelanggan juga boleh mendapatkan perkhidmatan pembaharuan insurans dan trade-in kenderaan di situ.

Syarikat Auto Pacifica memulakan operasi sebagai pengedar Mitsubishi sejak tahun 2007, tidak lama selepas penubuhan Mitsubishi Motors Malaysia pada tahun 2005.

Menurut CEO MMM, Shinya Ikeda, selain daripada cawangan sedia ada di Miri, Auto Pacifica juga bakal membuka cawangan ketiga di Kota Samarahan menjelang akhir Mac 2023.

Pelanggan Mitsubishi sekitar Bintulu boleh berkunjung ke alamat Lot 4463-4470 (Ground Floor) atau Lot 4467-4468 (1st Floor), Pier 99-3 Storey Shophouse, Subdivision of lot 4474, 97000 Bintulu.

Ia dibuka dari hari Isnin hingga Sabtu (8.00 pagi hingga 5.00 petang) dan Ahad dari jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang.

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Bukan untuk pelancaran produk terbaharu, akan tetapi kami diberikan peluang untuk merasai sendiri…
Berita Domestik
Trak Triton itu akan digunakan oleh NCSM untuk memberikan khidmat kepada komuniti luar bandar,…
Berita Domestik
Ini merupakan pust pengedar Mitsubishi yang ke-16 dibuka di Lembah Klang, serta outlet Mitsubishi…