Mitsubishi lanjut promosi CNY 2020 sehingga akhir Februari

oleh Mohamad Hanif|
Promosi sempena sambutan Tahun Baru Cina oleh Mitsubishi Motors Malaysia kini dilanjutkan sehingga akhir bulan Februari, 2020.

Promosi terbaharu daripada pengedar rasmi kenderaan jenama Mitsubishi di Malaysia itu menawarkan kadar faedah rendah sehingga 0.88 peratus untuk varian Triton yang terpilih eksklusif menggunakan Maybank atau Public Bank sahaja. 

Tambahan pula, pelanggan yang telah menempah dan mendaftarkan Mitsubishi Triton VGT Adventure X, Triton VGT AT Premium atau Triton VGT MT Premium boleh memilih untuk mendapatkan kadar faedah rendah atau rebat tunai seperti berikut:

No

Model Varian

Harga OTR (termasuk SST)

Promosi

Jaminan

1

Triton VGT

Adventure X

137,900

0.88%  ATAU RM6,000 rebat tunai

 

 

 

Lima tahun atau 200,000km

 

2

Triton VGT

AT Premium

121,000

0.88%  ATAU RM6,000 rebat tunai

3

Triton VGT

MT Premium

113,300

0.88%  ATAU RM9,000 rebat tunai

4

Triton Knight

(Limited Edition)

137,900

rebat tunai RM2,000

5

Triton VGT AT

105,990

rebat tunai RM8,000

6

Triton VGT MT

100,200

rebat tunai RM6,000

7

Triton Quest 4x2

79,890

rebat tunai RM4,000

Lima tahun atau 100,000 km


Manakala pemilik Mitsubishi serta trak pikap yang berjaya membeli varian Triton terpilih akan memperoleh rebat tunai ekstra sehingga RM3,000 sebagai tambahan kepada promosi sedia ada. 

Berikut merupakan promosi bagi model-model Mitsubishi yang lain:

Mitsubishi Outlander 2.0L (RM137,888)
rebat tunai sehingga RM4,000
Servis Percuma 2 Tahun
jaminan lima tahun tanpa had perbatuan

Mitsubishi Outlander 2.4L (RM152,888)
rebat tunai sehingga RM2,000
Servis Percuma 2 tahun
jaminan lima tahun tanpa had perbatuan

Mitsubishi ASX 4WD (RM133,336)
rebat tunai sehingga RM12,000
jaminan lima tahun tanpa had perbatuan

Mitsubishi ASX 2WD (RM118,866)
rebat tunai sehingga RM8,000
jaminan lima tahun tanpa had perbatuan

Lapan orang pemilik kenderaan Mitsubishi yang menghantar kenderaan untuk diservis di pusat servis bertauliah akan berpeluang untuk memenangi syiling emas bernilai RM888 dengan membelanjakan minimum RM688, e-baucer RM48 (belanja minimum RM488) dan set kulteri (belanja minimum RM388).

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Terletak di Jalan IMJ1, Taman Industri Malim Jaya, pusat pameran 3S ini merupakan sebahagian…
Berita Domestik
MoU yang termeterai antara kedua belah pihak itu bakal menyaksikan kerjasama bagi membangunkan…
Berita Domestik
Pengumuman ini adalah selari dengan insentif yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini…