Mitsubishi Lancer dengan warna Musou Black mampu menyamai keupayaan cat Vantablack!

oleh Mohamad Hanif|
Masihkah anda ingat kepada cat super-hitam Vantablack yang pernah dilayangkan pada BMW X6 suatu ketika dahulu?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Cat unik itu dikatakan mampu menyerap hampir 100 peratus cahaya (lebih tepat lagi 99.96%) selain mampu memadamkan ciri yang terdapat pada objek tiga dimensi.

Namun, cat Vantablack itu tidak tersedia untuk kegunaan umum, memandangkan ia lebih sesuai digunakan untuk sektor aeroangkasa dan pertahanan.

Untuk mereka yang mahukan cat hitam yang hampir menyamai sifat Vantablack, anda boleh menonton saluran YouTube DipYourCar yang memaparkan sebuah Mitsubishi Lancer sedan dengan layangan cat hitam yang digelar sebagai Musou Black.

 


Cat Musou Black dikatakan mampu menyerap 99.4 peratus cahaya, hampir menyamai keupayaan yang ditunjukkan oleh cat Vantablack, dan berdasarkan hasil yang diperlihatkan pada model Lancer tersebut, ia benar-benar 'memadamkan' butiran garis badan yang terdapat pada kereta itu.

Usah gembira terlalu awal, ini kerana cat berasaskan air ini tidak mampu untuk bertahan lama berbanding cat kenderaan biasa, selain mudah mengelupas dengan hanya sentuhan ringan.

Namun, dengan harga bermula dari ¥2,500 (RM97.64), harga tersebut tidak begitu mahal walaupun ianya tidak direka untuk bertahan lebih lama atas kereta kesayangan anda.