Mitsubishi lancar pusat pameran bertaraf 3S di Cheras

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) selaku pengedar rasmi kenderaan jenama Mitsubishi di Malaysia telah melancarkan pusat pameran bertaraf 3S bertempat di Cheras, Kuala Lumpur. 

Pusat bertaraf 3S yang dikendalikan oleh Evatrend itu dibina atas tanah berkeluasan 4,908 kaki persegi dengan kos pelaburan berjumlah RM800 ribu dan menempatkan ruang servis serta ruang storan barangan dan alat ganti kenderaan Mitsubishi. 

Selari dengan perkembangan teknologi semasa, pusat servis 3S ini juga didatangkan dengan mesin diagnostik termaju dan Special Set Tools (SST) untuk tujuan diagnosis dan penyelenggaraan. 

Menurut Tomoyuki Shinnishi, CEO MMM dalam ucapan perasmiannya menyatakan Evatrend merupakan pusat pameran Mitsubishi pertama yang menggunapakai identiti korporat Mitsubishi "Drive Your Ambition".

Dengan pembukaan pusat pameran di Cheras ini, MMM kini mempunyai 53 buah pusat pameran , dan 52 pusat servis di seluruh negara. 

Pusat pameran Evatrend ini terletak di No. 70, Jalan Midah 1, Taman Midah, 56000 Cheras Kuala Lumpur. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pusat 3S yang dikendalikan oleh Auto Raya Timur itu menampilkan imej korporat baharu jenama…
Berita Domestik
Pusat Pameran 3S Volvo tersebut merupakan bangunan baharu empat tingkat dan direka supaya memenuhi…
Berita Domestik
Dioperasikan oleh rakan jualannya, iRoll Ipoh Sdn Bhd, pusat pameran 3S ini mempunyai lokasi yang…