Mitsubishi L200 Barbarian SVP edisi khas, hanya 250 unit

oleh Careta.my|
TritonBarbarian
TritonBarbarian
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mitsubishi kini telah memperkenalkan trak pikap Triton edisi khas di United Kingdom yang dikenali sebagai Special Vehicle Projects (SVP) iaitu L200 Barbarian SVP. Apa yang membuat jentera ini ekslusif daripada model Triton yang lain? Untuk pengetahuan, jentera ini dihasilkan dengan jumlah yang terhad, iaitu 250 unit sahaja, dengan komposisi  pilihan warna Electric Blue Metallic dan Cosmo Black. Mitsubishi Barbarian SVP ini didatangkan dengan roda aloi 17 inci bersama rim berwarna hitam dan tayar all-terrain BF Goodrich. Pikap ini juga menampilkan gril baharu dan kemasan hitam pada bahagian lampu utama, rel bumbung dan bampar belakang.

TrtionBarbarian2

Bukan itu sahaja, ia turut ditampilkan dengan pemijak tepi sirip jerung serta logo SVP di bahagian belakang jentera. Untuk bahagian interior pula, jentera ini ditampilkan dengan tempat duduk yang dibalut kulit dan kemasan ‘Alston’ seperti suede. Apa yang lebih istimewa, terdapat nombor edisi terhad dan logo SVP yang disulam pada penyandar tempat duduk dan lampu suasana serta kemasan tepi bahagian pemijak yang menyala. Jentera ini dikuasakan dengan enjin 2.4L turbodiesel yang menghasilkan kuasa 180hp dan tork 430Nm. Ia juga ditawarkan dengan pilihan sistem pacuan Super Select 4WD dengan trnasmisi manual enam-kelajuan atau automatik lima-kelajuan. svp 1 Sumber: www.cars.co.za Gambar:www.autoexpress.co.uk