Mitsubishi - keuntungan naik 36% hasil peningkatan jualan

oleh HEZERI SAMSURI|
Mitsubishi Motors Corporation melaporkan keuntungan syarikat meningkat 36 peratus untuk suku terbaharu akibat peningkatan jualan di pasaran-pasaran utamanya.

Keuntungan operasi naik kepada US$253.9 juta untuk suku fiskal pertama yang berakhir 30 Jun lalu, berbanding dengan US$186.1 juta pada waktu yang sama tahun lalu.

Antara model-model yang laris ialah Eclipse Cross (gambar utama) dan Outlander PHEV di US dan Xpander MPV di Indonesia.

Jenama yang dahulunya bermasalah itu kini berada di bawah lembayung Renault/Nissan sejak penghujung 2016. Nissan diminta untuk mengambil alih 34 peratus dari saham Mitsubishi yang sedang merudum kerana skandal data penggunaan bahanapi.

Mitsubishi masih menjalankan usaha merendahkan kos operasi dengan melakukan kerjasama dalam pembelian, bidang logistik dan perhubungan sinergi lain dengan Renault dan Nissan.

Renault/Nissan dikhabarkan pernah berminat dengan penjualan Proton tetapi akhirnya terpaksa bertukar fokus ke arah Mitsubishi. 
 
Bayangkan jika Proton berada di bawah Renault/Nissan. 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Mitsubishi baharu sahaja melancarkan crossover ASX facelift untuk tahun produksi 2020 khusus buat…
Sukan Bermotor
Walaupun Mitsubishi membuat keputusan untuk menamatkan riwayat Pajero dengan melancarkan Pajero…
Berita Domestik
  Berbanding kereta penumpang atau hatchback, SUV secara umumnya mempunyai ruang yang lebih besar…