Mitsubishi Expander kembali rampas takhta teratas carta jualan LMPV Indonesia

oleh Mohamad Hanif|
Pasaran di negara jiran kita sememangnya unik apabila segmen LMPV lebih menarik untuk diperbahaskan dan dinilai berbanding segmen kenderaan yang lain, apatah lagi dengan kebanjiran beberapa buah model bersaing merebut tangga teratas.

Persaingan sengit masih lagi berlaku di antara dua model yang paling popular, iaitu Mitsubishi Expander dan juga Toyota Avanza di mana produk daripada jenama tiga permata itu berjaya merampas kembali kedudukan teratas daripada Avanza, dengan jumlah jualan mencapai 7,570 unit bagi bulan Julai. 
 


Manakala Toyota Avanza terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan perbezaan jualan sebanyak 804 unit di belakang Expander, iaitu sebanyak 6,766 unit sahaja. 

Menurut data yang dipetik daripada blog automotif negara jiran, Autonetmagz.com menyatakan bahawa Toyota lebih menyerlah jualannya menerusi model Rush (berlainan segmen, LSUV) dengan jualan sebanyak 7,365 unit sepanjang bulan Julai. 
 


Berbalik semula kepada segmen LMPV, tempat seterusnya jatuh kepada Honda Mobilio dengan catatan jualan sebanyak 3,388 unit mengalahkan model terbaharu Suzuki Ertiga yang kini berada di tangga kelima. 

Daihatsu Xenia (Toyota Avanza yang menggunakan logo Daihatsu) pula menduduki tangga keempat dengan jumlah jualan 2,897 unit. 
 


Dua kedudukan terendah carta menyaksikan jenama MPV daripada China iaitu Wuling Confero hanya sekadar mampu terjual sebanyak 743 unit sahaja dan diikuti dengan Nissan Grand Livina sebanyak 73 unit. 

Nissan khabarnya bakal menggantikan model tertua di dalam segmen LMPV itu dengan menggunakan platform tersedia daripada Mitsubishi Expander sebagai asas kepada model pengganti Nissan Grand Livina di dalam masa yang terdekat. 

Sumber: Autonetmagz

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Memandangkan Xpander Cross diproduksikan di kilang Krama Yudha, Cikarang Indonesia, model tersebut…
Berita Global
Ia merupakan salah satu calon yang sesuai untuk dibawa masuk ke pasaran Indonesia yang sememangnya…
Berita Global
Sementara kita menantikan detik pelancaran Mitsubishi Xpander yang dijangka bakal menjengah pasaran…