Mitsubishi Evo VI TME sedang dibida, catat nilai RM445k!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mitsubishi Lancer Evolution VI Tommi Makinen _Y851GHW_HERO
Mitsubishi Lancer Evolution VI Tommi Makinen
Mitsubishi Motors United United Kingdom (MMUK) mempunyai koleksi model warisan yang menggagumkan, dari Model A hingga Starion dan unit rali Lancer Evolution IX.

Koleksi yang bernilai tinggi tersebut sedang dibuka untuk bidaan bermula 1 April hingga 30 April 2021.

Apa yang menarik ialah bidaan tersebut terbuka untuk pelanggan antarabangsa dan tanpa nilai rizab.

Di antara unit yang menarik perhatian pastilah koleksi Lancer Evo dan ia sedang dibuktikan oleh pembida. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Mitsubishi Lancer Evolution VI Tommi Makinen

 

Sebagai contoh, Mitsubishi Lancer Evolution VI Tommi Makinen Edition sekarang ini (09:00 23 April, UK) mencatat bidaan tertinggi bernilai GBP78,000 atau bersamaan RM445,051!

Sementara itu, Mitsubishi Lancer Evolution IX MR FQ-360 by HKS pula berada di belakang dengan nilai bidaan GBP59,000 (RM336,641)!

Adalah dijangkakan bahawa nilai bidaan tersebut akan memecahkan rekod GBP99,000/USD138,000 (RM564,872) yang dibayar untuk Lancer Evolution IX di Amerika Syarikat pada tahun 2017.

 

Mitsubishi Heritage

 

Sebuah lagi model iaitu unit rali Lancer Evolution IX pula mencatatkan bidaan berjumlah GBP35,000 (RM199,702)

Model-model warisan lain tidak kurang hebatnya dan berikut ialah nilai bidaan terkini:

  • Mitsubishi 3000GT: GBP22,700 (RM129,521)
  • Mitsubishi Starion: GBP16,600 (RM94,716)
  • Mitsubishi Shogun (Pajero) Mk1: GBP14,000 (RM79,880)
  • Mitsubishi Jeep J27: GBP12,800 (RM73,034)

Juga mendapat sambutan ialah koleksi nombor pendaftaran dengan 1 CCC dibida pada GBP10,500 (RM59,863) dan 2-9 CCC bernilai di antara GBP4,000 hingga GBP5,000 (RM22,823 - RM28,528).

Setakat ini jumlah bidaan terkumpul sudah melebihi GBP400,000 (RM2,280,524) dan dijangka mencatat lebih setengah juta pound (RM2.85 juta) menjelang tarikh akhir bidaan pada 30 April 2021.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Mitsubishi Shogun