Mitsubishi eK X space dan eK space diperkenal di Jepun, harga dari RM53k

oleh Muhammad Md Tajudin|
MITSUBISHI MOTORS CORPORATION (MMC) pada 6 Februari mengumumkan penawaran wagon mini (kei wagon) eK space dan eK X (dibaca cross) space di Jepun. Model itu menggantikan eK space sedia ada yang berusia hampir enam tahun.

Tidak dikelirukan oleh eK wagon dan eK X yang dilancarkan pada Mac 2019, eK space mempunyai sedikit perbezaan pada bahagian luaran dan dalaman. Bahagian belakang eK space lebih tinggi sesuai dengan bentuknya sebagai kei wagon.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Mitsubishi eK space

 

Selain itu, eK space baru memasuki generasi kedua berbanding empat untuk eK X. Keunikan pada dua model yang 'sama tetapi tidak serupa' ini adalah lambang dinamika pasaran Jepun yang berbeza daripada pasaran lain.

Dari luar, eK X space tampil membawa imej Dynamic Shield dengan gril vertikal yang labuh ke bampar. Seperti model Mitsubishi yang lain, ada dua lampu yang tirus di atas dan bersegi di bawah.

eK Space pula tampil bersahaja dengan satu lampu dan rekaan gril dan bampar yang lebih ringkas. Untuk lebih garang, varian turbo didatangkan dengan gril berwarna hitam.

 

Mitsubishi eK X space

 

Bahagian dalaman eK space mempunyai tema warna terang manakala eK X space tampil gelap. Beberapa varian eK space dan eK X space dilengkapi pintu gelungsur automatik yang boleh dibuka melalui pengesan kaki.

Untuk isian barang, dengan kerusi belakang ditolak sepenuhnya sebanyak empat buah kapasiti 48L boleh dimuatkan.

Mitsubishi menawarkan dua jenis enjin iaitu 660cc biasa dan 660cc turbo dengan sistem hibrid. Enjin itu dipadan bersama transmisi CVT dan dua jenis pacuan iaitu 2WD dan 4WD.

 

Mitsubishi eK space

 

Dari segi keselamatan walaupun bersaiz kecil, kesemua varian dilengkapi sejumlah teknologi seperti berikut: 

  • Forward Collision Mitigation system (FCM)
  • Automatic High Beams (AHB)
  • Emergency Assist for Pedal Misapplication
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Lane Departure Prevention (LDP)
  • Predictive Forward Collision Warning (PFCW)
  • Driver Attention Alert (DAA)
  • Traffic Sign Recognition (TSR)
  • Leading Car Departure Notification (LCDN)

Sebagai tambahan, beberapa varian ditawarkan dengan Mitsubishi Intelligent-PILOT (MI-PILOT) seperti Adaptive Cruise Control (ACC) dan Lane Keep Assist (LKA).

Mitsubishi eK space dan eK X space bakal dijual pada 19 Mac depan dengan harga permulaan JPY1,655,500 (RM52,727) sehingga JPY1,903,000 (RM71,712).

Kei wagon sebegini sebenarnya bukan suatu yang asing untuk pengguna tempatan. Pada satu ketika, Proton menawarkan Juara (lebih kepada van mini) manakala Perodua pula popular dengan Kenari.

Penulis tertanya kenapa segmen ini tidak lagi ditawarkan di negara kita?

Penulis: Muhammad Md Tajudin