Mitsubishi eK X dan eK Wagon dipilih RJC 'Car of the Year' 2020 Jepun

oleh Muhammad Md Tajudin|
Rakyat Jepun dengan kereta kecil (kei-car) begitu sinonim sehingga ke hari ini. Rakyat negara kita pun apa kurangnya, ramai yang meminati kereta kecil atau kompak kerana senang dipandu, mudah parkir dan mampu milik.

Walaupun begitu banyak kereta yang canggih dan hebat sekarang ini, kereta kompak tetap menjadi pilihan ramai.

Di Jepun, kereta kei semakin canggih dan jika kita sudah biasa dengan Daihatsu-Perodua, pengguna di sana ditawarkan dengan pelbagai pilihan seperti Mitsubishi dan Nissan.

Kecil bukan sebarang kecil apabila Mitsubishi eK X (sebutan eK cross) dan eK Wagon telah dinamakan sebagai "RJC Car of the Year 2020" pada Persidangan Penyelidik & Jurnalis Jepun (RJC) baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
MITSUBISHI eK X

 

Anugerah ini adalah suatu yang berprestij dan mempunyai kredibiliti tinggi kerana dipilih oleh pakar automotif sendiri. RJC memuji eK kerana kabin yang selesa, kapasiti dalaman dan juga prestasi pemanduan dan kecekapan yang turut disumbangkan oleh platform dan nadi kuasa baharu.

Selain ciri tersebut, kedua-dua eK dipilih kerana teknologi bantuan yang mampu meringankan tekanan pemandu.

Model tersebut juga telah meningkatkan standard kereta-kei melalui pengenalan teknologi MI-PILOT (Mitsubishi Intelligent-PILOT) yang terdiri dari kawalan jelajah adaptif dan pencegahan kemalangan berdepan.

Teknologi seumpama itu biasanya dilengkapi pada segmen lebih tinggi dan premium pada harga berlipat kali ganda.

 

MITSUBISHI eK X and eK Wagon named RJC Car of the Year 2020 01

 

Melalui kemenangan terbaru ini, Mitsubishi berjaya menambah koleksi COTY RJC selepas memenanginya pada tahun 2019 melalui Eclipse Cross dan i Kei Car pada 2007.

COTY RJC kali ke-29 dipilih dari kalangan kereta baharu Jepun yang dilancarkan di pasaran domestik di antara 1 November hingga 31 Oktober 2019.

Jawatankuasa pemilihan menyenarai pendek enam model terbaik pada 1 November sebelum undian dibuat pada 12 November bagi memilih pemenang keseluruhan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

MITSUBISHI eK X and eK Wagon named RJC Car of the Year 2020 01

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika hari sudah, kita sudah pun melihat Nissan Dayz, kali ini kita melihat pula kembarnya dari…