Mitsubishi Eclipse Cross PHEV 2022 masuk pasaran Australia

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu perkara yang rakyat Malaysia tidak dapat nikmati sehingga kini adalah penawaran kenderaan plug-in hybrid daripada jenama Jepun Mitsubishi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di pasaran Australia, Mitsubishi telah pun melancarkan crossover Eclipse Cross Plug-In Hybrid (PHEV) yang dijadualkan mendarat di pengedar Ogos ini.

Terdapat tiga varian yang ditawarkan, namun kesemua model didatangkan dengan trenkuasa hibrid yang terdiri daripada enjin 2.4 liter (126 hp/199 Nm) yang dipadankan dengan motor elektrik 80 hp/137 Nm pada gandar hadapan, dan motor elektrik 93 hp/195 Nm pada gandar belakang.

 


Pek bateri pula adalah berkapasiti 13.8 kWh yang mampu membenarkan jarak pergerakan sifar emisi sejauh 55 km tanpa menggunakan setitik petrol.

Mitsubishi Eclipse Cross PHEV dilengkapi dengan tiga mod pemanduan, iaitu mod EV, diikuti dengan mod Series Hybrid yang menggunakan enjin sebagai penjana untuk mengecas bateri, serta Parallel Hybrid di mana enjin memacu roda hadapan dan kuasa dari motor elektrik hanya akan digunakan dalam keadaan yang memerlukan, seperti pendakian bukit.

 


Antara kelengkapan standard yang dibawakan termasuklah rim aloi bersaiz 18 inci, sistem infotainmen 8 inci, lampu utama halogen, sistem audio dengan empat pembesar suara, brek kecemasan autonomi, amaran keluar laluan dan kawalan jelajah.

Versi pertengahan (Aspire PHEV) pula didatangkan dengan sistem audio lapan pembesar suara, tempat duduk pemandu berkuasa elektrik, pemanas tempat duduk, kawalan jelajah adaptif, pemantauan titik buta, amaran lintasan trafik belakang, serta bantuan penukaran laluan.

Manakala varian Exceed PHEV didatangkan dengan kelengkapan lampu utama LED, navigasi satelit, paparan head-up, bumbung suria panel berkembar, pemanas roda stereng, alas bumbung hitam, tempat duduk boleh laras berkuasa elektrik untuk penumpang hadapan, serta ciri keselamatan Ultrasonic Mis-acceleration Mitigation System.

 


Harga jualan Mitsubishi Eclipse Cross PHEV di pasaran Australia bermula dari AU$46,490 (RM144,788) sehingga AU$53,990 (RM168,146).

Berita Berkenaan

Berita Global
Terbaru di Jepun Mitsubishi mempertingkatkan kelengkapan Outlander PHEV, Outlander Black Edition…
Berita Global
Sama seperti penawaran yang terdapat pada Outlander, Eclipse Cross Black Edition didatangkan dengan…
Berita Global
  Outlander PHEV generasi terdahulu dan model baharu yang dilancarkan pada Disember 2021 terjual…