Mitsubishi DESTINATOR Raih Penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP

oleh Qalif Latif|
Mitsubishi mencatat kejayaan besar apabila SUV terbaharu mereka, Mitsubishi DESTINATOR, meraih penarafan keselamatan 5-Bintang dalam penilaian ASEAN NCAP di bawah protokol 2021–2025.

Model ini mencatat jumlah skor 77.27 mata daripada empat komponen utama, merangkumi Adult Occupant Protection (AOP) 34.69 mata, Child Occupant Protection (COP) 16.54 mata, Safety Assist (SA) 15.02 mata serta Motorcyclist Safety (MS) 11.02 mata. Keputusan ini mengesahkan DESTINATOR sebagai salah satu SUV paling selamat dalam kelasnya.

Mitsubishi DESTINATOR

Ciri Keselamatan Standard Lengkap

Mitsubishi melengkapkan DESTINATOR dengan empat beg udara, Electronic Stability Control (ESC), Anti-lock Braking System (ABS), Seatbelt Reminder System (hadapan dan belakang), ISOFIX, serta perlindungan pejalan kaki. Turut tersedia ialah teknologi keselamatan aktif seperti AEB Inter-Urban, AEB City, Forward Collision Warning, Blind Spot Detection untuk pemandu dan penumpang, Auto High Beam serta Lane Departure Warning.

Dengan set ciri keselamatan yang komprehensif ini, DESTINATOR membuktikan komitmen Mitsubishi dalam menawarkan perlindungan menyeluruh kepada pengguna jalan raya di rantau ASEAN.

ASEAN NCAP Tamat Protokol 2021–2025

Tahun 2025 menandakan tahun terakhir bagi protokol penilaian ASEAN NCAP 2021–2025. Protokol baharu untuk tempoh 2026–2030 akan bermula Januari depan dengan standard keselamatan yang lebih ketat, termasuk fokus lebih besar kepada perlindungan penunggang motosikal serta teknologi bantuan pemandu.

Tentang ASEAN NCAP

ASEAN NCAP merupakan kerjasama antara MIROS dan Global NCAP, bertujuan meningkatkan standard keselamatan kenderaan dan kesedaran pengguna di rantau ini. Penilaian kini menggunakan sistem penarafan tunggal berdasarkan jumlah mata daripada AOP, COP, SA dan MS.


 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Rangkaian Kuasa Turbo dan Prestasi Pemanduan Mitsubishi Destinator dijana enjin petrol 1.5L…
Berita Global
  Nama Destinator dipilih dengan harapan ia akan memberi semangat kepada pemandu dan keluarga…