Balutan yang dibuat pada Delica Mini merangkumi keseluruhan badan kecuali bumbung, lengkung roda, sensor parkir dan logo Delica di depan.
Ikon lantera yang terpampang besar pada kedua-dua belah pintu menambah tarikan dan menjadi identiti kepada edisi ini.
Logo Coleman dibuat pada panel sukuan belakang dan pintu kargo dan secara keseluruhannya nampak seperti kenderaan pekhemah sejati.
Sebagai tambahan, Mitsubishi turut menawarkan jeriji depan dan pendakap belakang warna hitam kilat dan logo depan dan belakang warna putih.
Mitsubishi menyarankan pelanggan untuk memilih dan buat pemilik Delica Mini berwarna Natural Ivory Metallic/Black Mica, White Pearl/Black Mica dan Black Mica.
Warna lain pun boleh namun seperti yang dikatakan, beberapa perkakasan tidak dibalut dan akan menampakkan warna asal.
Bumbung juga tidak dibalut dan Mitsubishi menyarankan Delica Mini dalam warna Black Mica atau warna dua tona.
Harga khidmat balutan ialah 761,200 yen (RM24,090.86) untuk kereta baharu dan 822,800 yen (RM26,040) bagi pemilik sedia ada.
Pelanggan yang mahukan perkakasan Dynamic Shield, jeriji depan dan pendakap belakang warna hitam kilat boleh mendapatkannya pada harga 75,570 yen (RM2,391).
Set logo Delica depan dan belakang warna putih pula berharga 33,770 yen (RM1,068).
Sebagai rujukan pembeli baharu, Mitsubishi memberi contoh Delica Mini T Premium warna Black Mica dengan pakej balutan dijual pada harga 3,109,040 yen (RM98,392).
Mitsubishi menggunakan pelekat 3M dan warnanya tidak mudah luntur dalam tempoh lima tahun dengan jaminan warna selama tiga tahun.
Delica Mini dijual daripada 1,881,000 yen (RM59,529) hingga 2,238,500 yen (RM70,843) bergantung kepada varian, pacuan (2WD/4WD) dan enjin 660cc turbo atau tanpa turbo.
Kedua-dua jenis enjin dipadan bersama transmisi CVT dan motor elektrik (mild hybrid) SM21.
Penulis: Muhammad Md Tajudin / Kredit: Mitsubishi