Mitsubishi Delica Mini 2023 - kei car untuk aktiviti off-road ringan

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Delica D:5 merupakan sebuah minivan yang diberikan keupayaan sebuah SUV, di mana anda boleh lihat jarak kelegaan tanah yang agak tinggi, serta dibekalkan sistem pacuan semua roda AWC.

Penawaran yang ada pada Delica tersebut mungkin bukan untuk cita rasa semua orang, jadi Mitsubishi membuat keputusan untuk menawarkan sebuah lagi Delica bersaiz kecil - atau lebih tepat lagi kei car yang digelar sebagai Delica Mini.

Dari segi luaran, Delica Mini ini membawakan elemen rekaan Dynamic Shield yang lebih ranggi, serta unit lampu utama dengan DRL yang mengingatkan kita kepada model Defender.
 

Delica


Ia membawakan kemasan dua tona dengan bahagian seksyen bawah dicat hitam, diikuti dengan pemasangan skid plate stail aluminium pada bampar depan dan bahagian sisi kereta.

Terdapat juga rel bumbung untuk memudahkan anda membawa barang yang berlebihan.

Bahagian belakang pula menampilkan unit lampu LED yang menegak, sebelum dikemaskan dengan pemasangan spoiler bumbung, serta kemasan skit plate aluminium pada bampar belakang.
 

Delica


Mitsubishi mengesahkan Delica Mini ini bakal ditawarkan dengan sistem hibrid, serta sistem pacuan semua roda 4WD.

Mitsubishi Delica Mini bakal masuk fasa produksi menjelang pertengahan 2023, dan ditawarkan secara eksklusif untuk pasaran Jepun.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun Delica dan Delica Mini sering dilihat sebagai minivan praktikal untuk kegunaan keluarga,…
Berita Global
Mitsubishi Delica D:2 2023   Terbaru Mitsubishi memperkenalkan Delica D:2 dan Delica D:2…
Berita Global
Black Edition diasaskan dari varian teratas Delica D:5 P dan tampil gelap dengan perkakasan hitam…