Mitsubishi Delica D:5 Terrain - motorhome ranggi untuk aktiviti hujung minggu anda

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain daripada Mitsubishi Triton yang kacak itu, mereka juga mempunyai produk yang lebih sesuai untuk dijadikan sebagai sebuah recreational vehicle atau mesra dipanggil motorhome. 

Ya, tiada salahnya untuk mengatakan ya kepada Mitsubishi Delica D:5 yang telah diubahsuai dengan peralatan camper van, hasil binaan daripada syarikat pakar Campers Scotland. 

Ia bukanlah berdasarkan Delica D:5 yang baharu sahaja dilancarkan baru-baru ini, akan tetapi menggunakan model pra-facelift Delica tahun 2007.

Walaupun tanpa kehadiran Dynamic Shield yang menjadi identiti terkini Mitsubishi, Delica D:5 ini tetap hadir dengan ciri standard pacuan empat roda kekal yang mampu dibawa ke mana sahaja dengan mudah. 
 


Ia mampu memuatkan empat orang dengan mudah, namun Delica D:5 Terrain ini direka untuk pasangan yang gemarkan cabaran di dalam hidup. 

Dari segei kelengkapan, Delica ini dilengkapi dengan peti sejuk mini dan dapur yang dikuasakan oleh panel solar, dan bumbung yang boleh dinaikkan bagi memberikan ruangan ekstra ketika sedang bermalam. 

Mitsubishi Delica D:5 Terrain ini akan dipamerkan di acara ekspo pameran caravan dan motorhome bertempat di Glasgow bermula 7 sehingga 10 Februari ini, bersama-sama dengan sebuah model caravan berasaskan Toyota Alphard yang pernah dihasilkan oleh syarikat yang sama. 

Jadi, daripada banyak model RV yang kami pernah siarkan sebelum ini, mana satu pilihan anda? 

 

Baca: Mitsubishi Delica D:5 Dilancarkan di Jepun

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun syarikat Concorde (bukan kapal terbang ultrasonik) tampil dengan penyelesaian untuk masalah…
Berita Global
Pasangan berada di belakang sebuah motorhome di jalan dua hala ketika sebuah Ferrari merah…
Berita Global
Malah kita juga dapat menyaksikan beberapa pihak sudah pun mula membawa masuk model-model caravan/…