Mitsubishi Delica D:5 aneh ini bakal muncul di Tokyo Auto Salon 2020

oleh Mohamad Hanif|
Bukan satu, bukan dua, akan tetapi lima buah kenderaan kustom yang bakal dipamerkan oleh pemilik jenama tiga berlian Mitsubishi ini pada acara Tokyo Auto Salon 2020 yang akan berlangsung tidak lama lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dua daripadanya merupakan Mitsubishi Delica D:5, di mana salah satunya menerima sentuhan daripada Terry Ito, seorang pengarah dan produser televisyen Jepun, pengkritik dan juga penulis. 

Menerusi kaca mata Terry Ito, Delica D:5 ini menerima beberapa perubahan seperti rekaan bonet yang lebih memanjang, dan sepasang lampu berbentuk bulat bagi menggantikan lampu asal yang bersegi. 

Ia menerima layangan warna hijau tentera yang cair, diikuti dengan rim MLJ Daytona yang turut menerima warna yang serupa dibaaluti tayar Yokohama Geolandar CV G058. 
 


Sebuah lagi Delica D:5 merupakan Delica All Blacks yang digunakan sebagai kereta sokongan ketika acara Rugby World Cup 2019 untuk pasukan New Zealand. 

Selain daripada kemasan bertemakan All Blacks, Delica D:5 ini dipasangkan dengan rim Advan Racing RZII yang dibaluti tayar Geolandar X-AT G016. 

Selain daripada Delica, kereta lain Mitsubishi yang bakal dipamerkan termasuklah:

 

eK Cross Wild Beast Concept


Kei car eK Cross Wild Beast Concept ini membawakan tema sebuah crossover sejati seperti pemasangan cladding plastik, skirt sisi, bumbung berwarna kelabu, rak bumbung, rim dua tona serta tayar Toyo Tires Open Country R/T. 

 

Eclipse Cross Weekend Explore Specification


Crossover Eclipse Cross ini didatangkan dengan suspensi udara Air Force Suspension Japan yang boleh ditetapkan ketinggiannya menggunakan alat kawalan jauh dan juga aplikasi peranti pintar Weekend Explorer. 

Tayar yang digunakan adalah Toyo Tires Country R/T yang membaluti rim Rays Team Daytona M9.

 

Mitsubishi Outlander PHEV NERV


Outlander ini dikhususkan untuk pasukan penyelamat bencana alam, dan untuk memudahkan tugas-tugas pasukan tersebut, ia dilengkapi dengan antena satelit KYMETA u7 yang dihasilkan oleh Kymeta Corporation, Amerika Syarikat. 

Selain daripada sistem satelit, Outlander ini dilengkapi dengan tayar all-terrain Toyo Tires Open Country R/T dengan rim Crimson Lycan. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Hot hatch ini diperlihatkan secara rasmi bersempena dengan Tokyo Auto Salon 2020 yang bermula pada…
Berita Global
Hadiah tersebut berupa model berskala yang diproduksikan oleh Tomica, iaitu sebuah model replika…
Berita Global
Selain daripada projek Nissan GT-R Convertible dan Toyota GT86 Sedan yang kami siarkan sebelum ini…