Mitsubishi dedah teaser Outlander PHEV 2023 - pek bateri lebih besar, kuasa dipertingkat

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi sebelum ini telah pun melancarkan secara rasmi SUV Outlander generasi baharu, namun mereka tidak mendedahkan salah satu varian terpenting, iaitu versi PHEV.

Ini kerana Outlander PHEV sedia ada yang merupakan SUV plug-in hybrid terlaris di Eropah masih lagi dijual bersama-sama dengan Outlander generasi baharu.

Namun, versi terdahulu itu nampaknya bakal digantikan dengan yang baharu berdasarkan gambar teaser yang didedahkan sendiri oleh Mitsubishi baru-baru ini.

Tiada sebarang spesifikasi didedahkan buat masa ini, namun Mitsubishi menyatakan Outlander PHEV 2023 bakal dilengkapi dengan pek bateri yang lebih besar kapasitinya, serta kuasa yang lebih tinggi.

 

Outlander PHEV


Sebagai perbandingan, Outlander PHEV sedia ada didatangkan dengan enjin 2.4 liter (126 hp/201 Nm) yang digandingkan dengan motor elektrik (94 hp), sekaligus menghasilkan kuasa keseluruhan sebanyak 221 hp.

Pek bateri 13.8 kWh pula membenarkan jarak operasi sifar emisi sejauh 39 km dengan kelajuan maksimum 134 km/j dalam mod pemanduan EV.

Mitsubishi Outlander PHEV 2023 akan dilancarkan di tanah air Jepun terlebih dahulu pada tahun ini sebelum ia dilancarkan di negara-negara lain.

Baca: Mitsubishi Outlander 2022

Berita Berkenaan

Berita Global
  Outlander PHEV generasi terdahulu dan model baharu yang dilancarkan pada Disember 2021 terjual…
Berita Global
  Model pengganti Outlander (generasi keempat) diperkenal pada Februari 2021 dan versi hibrid…
Berita Global
Ciri S-AWC yang diperbaharui itu dikatakan mampu menawarkan pemanduan yang selamat, selesa, serta…