Mitsubishi dedah imej Triton baharu - tarikh pelancaran 9 November hadapan

oleh Mohamad Hanif|
Tarikh keramat 9 November sudah tinggal beberapa minggu sahaja dan Mitsubishi sekali lagi mendedahkan imej acah seterusnya bagi trak pikap baharu Triton (atau L200 bagi sesetengah pasaran).

Memandangkan sebelum ini Mitsubishi telah mengesahkan menerusi sekeping gambar teaser yang memaparkan elemen Dynamic Shield pada bahagian bumper hadapan, kali ini Mitsubishi sengaja 'menyorokkan' bahagian tersebut pada gambar terkini. 

Menyifatkannya sebagai kejuruteraan yang melebihi jangkauan, Mitsubishi Triton baharu ini dijangka akan menerima penambahbaikan dari segi kuasa dan prestasi, ketahanan, keselamatan serta penghalusan, terima kasih kepada ujian yang dijalankan dalam dunia sebenar. 
 


Para jurutera dan pereka trak pikap ini turut mengambil kira maklum balas daripada para pemilik sebenar Triton dari seluruh dunia bagi menambah baik trak pikap ini supaya memenuhi keperluan dan kehendak para pelanggan mereka. 

Walau bagaimanapun, Mitsubishi tidak mendedahkan dengan lebih lanjut adakah mereka akan hadir dengan penawaran enjin baharu atau mereka menambah baik kuasa dan prestasi daripada enjin 2.4 liter turbodiesel sedia ada. 

Trak pikap Triton baharu ini sebenarnya merupakan versi facelift besar-besaran kepada generasi trak pikap sedia ada dan menurut laporan, Mitsubishi bakal berkongsi platform daripada Nissan Navara untuk pembangunan generasi baharu Triton pada tahun 2020.

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Global
Langkah menghentikan penjualan tersebut adalah berikutan permintaan pasaran terhadap enjin diesel…
Berita Global
Di bawah ialah antara fakta-fakta terkini dan juga sedikit sejarah lama beliau. Mäkinen sekarang…
Berita Global
Ketika itu, Toyota mahu memfokuskan usaha di dalam Formula 1 (yang kemudiannya gagal), manakala…