Mitsubishi dedah gambar acah Triton generasi ke-6, pelancaran rasmi 26 Julai

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa bulan yang lepas, Mitsubishi ada memperlihatkan gambaran generasi baharu trak pikap Triton menerusi model XRT Concept.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Gambaran tersebut kini semakin jelas apabila Mitsubishi sendiri mendedahkan beberapa keping gambar serta video acah model trak pikap yang bakal dilancarkan secara rasmi di peringkat global pada 26 Julai nanti.  

Generasi keenam trak pikap saiz pertengahan itu nampaknya bakal muncul dengan rekaan badan yang lebih sasa dan nampak berkuasa, diikuti dengan perubahan dari segi bahasa rekaan yang lebih moden.
 

Triton


Tema lampu utama berbentuk T (seperti yang diperlihatkan pada model Xpander facelift) turut diterapkan pada muka depan Triton di mana ia membawakan penampakan tiga dimensi, lampu nyalaan siang seakan mata burung helang, serta rekaan jeriji yang lebih besar.

Sementara ruang kabin pula membawakan susun atur papan pemuka yang lebih moden yang menampilkan skrin tengah yang agak besar, sementara konsol tengah pula menempatkan butang pilihan mod pemanduan, tombol rotari penukaran mod pacuan (2H, 4H, 4HLc & 4LLc), serta butang kawalan menurun cerun.
 

Triton


Tidak banyak info berkenaan spesifikasi mekanikal Triton baharu didedahkan buat masa ini.

Namun berdasarkan laporan terdahulu, Mitsubishi Triton baharu dijangka akan menggunakan casis ladder-frame yang dikongsi bersama Nissan Navara, serta penawaran nadi diesel serba baharu.
 

triton


Pengurus besar bahagian reka bentuk Mitsubishi Motors, Seiji Watanabe menjelaskan, "Triton serba baharu telah direka semula sepenuhnya di bawah konsep rekaan Beast Mode.

"Selain membawakan imej yang tegap dan berkuasa, Triton serba baharu turut menggandingkan kelincahan dengan reka bentuk yang teguh untuk mencipta sebuah rupa yang mengkagumkan," ujarnya.

"Lasak dan boleh dipercayai, Triton serba baharu akan membuatkan pelanggan kami untuk menempuh apa jua cabaran.