Mitsubishi buka pusat pameran 3S baharu di Kota Damansara

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan berjenama Mitsubishi di Malaysia kini membuka sebuah pusat 3S (Jualan, Servis dan Alat Ganti) di Kota Damansara.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dikendalikan oleh Millenium Autohaus Sdn Bhd, pusat 3S baharu ini berkeluasan 12,370 kaki persegi ini terletak di alamat No. 2A-E, Jalan Teknologi 3/1, Pusat Teknologi Sunsuria, Kota Damansara, 478`10 Petaling Jaya, Selangor.

Lokasinya juga cukup strategik, bukan sahaja berdekatan dengan akses lebuh raya NKVE, malah ia juga terletak di kawasan yang padat dengan penduduk di sekitar bagi memudahkan para pelanggan Mitsubishi berdekatan untuk datang mendapatkan perkhidmatan mereka.

Antara kemudahan yang disediakan termasuklah ruang pelanggan, sambungan Wi-Fi, pusat pameran yang mampu menempatkan tiga buah kereta pada satu-satu masa, serta pusat servis yang lengkap dengan lima buah ruang kerja.

Sehingga kini, Mitsubishi Motors memiliki kira-kira 15 buah outlet pengedar di sekitar Lembah Klang.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk setiap pembelian dua versi model Triton ini, pembeli akan menerima duit raya bernilai RM2,000…
Berita Domestik
Pembesaran bilik pameran terbaru itu merupakan bilik pameran terbesar Mitsubishi Motors di Kuching…
Berita Domestik
Datang eksklusif dalam warna White Diamond, Triton AT Premium ini membawakan kemasan bampar depan…