Mitsubishi buka bilik pameran yang pertama di Temerloh

oleh SALINA JALIL|
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengumumkan kehadiran jenama Mitsubishi di Pantai Timur dengan pelancaran pusat 3S baharu di Temerloh, Pahang.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Pusat 3S tersebut beroperasi di bawah Auto Raya Timur dengan  kemudahan baharu yang mempunyai keluasan 11,000 kaki persegi dan menampilkan identiti korporat baharu Mitsubishi berslogan ‘Drive Your Ambition’.

 

Pusat 3S ini menawarkan perkhidmatan jualan, penyelenggaraan dan alat ganti serta bilik pameran yang boleh menempatkan sehingga tiga buah kenderaan di samping ruang rehat pelanggan yang selesa dan kemudahan Wifi. Ia turut dilengkapi dengan enam ruang servis kenderaan.

 

“Mitsubishi Motors Malaysia sedang membuat persiapan untuk memperkenalkan Mitsubishi Xpander di Malaysia dan bilik pameran baharu di Temerloh ini mewakili komitmen kami untuk meletakkan pelanggan sebagai keutamaan, termasuk menyediakan pengalaman jualan dan selepas jualan yang selesa apabila mereka mengunjungi bilik pameran kami,” kata Tomoyuki Shinnishi, Ketua Pegawai Eksekutif MMM.

 

MMM kini diwakili oleh 52 bilik pameran (46 daripadanya adalah pusat 3S) dan 52 outlet servis di seluruh Malaysia. Di Malaysia Timur, syarikat itu diwakili oleh 14 bilik pameran iaitu 7 di Sabah dan 7 di Sarawak.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kedua-dua pusat 3S ini dikendalikan oleh JM Auto Gallery dan membawakan identiti jenama global…
Berita Domestik
Dibawah kendalian pengedar sah Okuan Motors Sdn Bhd, Pusat 3S baharu ini turut menampilkan identiti…
Pelancaran
Terletak bersebelahan dengan bilik pameran MotorPlex Butterworth, pusat 3S Royal Enfield juga…