Crossover serba baharu itu dijangka muncul pada acara pameran ke-30 GAIKINDO Indonesia International Auto Show 2023 (GIIAS 2023) yang akan bermula pada 10 Ogos ini.
SUV versi produksi kepada XFC Concept itu dikatakan mempunyai ciri-ciri berikut:
• empat mod pemanduan (Normal, Gravel, Mud dan Wet - pertama untuk sebuah Mitsubishi)
• sistem audio Dynamic Sound yang dibangunkan oleh Yamaha
• jarak lega bumi 222 mm
• ciri Active Yaw Control (AYC) untuk kestabilan pemanduan
Menurut Mitsubishi, model yang masih tidak mempunyai nama rasmi ini dibangunkan untuk wilayah ASEAN yang merupakan pasaran utama buat Mitsubishi Motors dengan berkonsepkan "Best-suited buddy for an exciting life".
Ia juga menjanjikan keseimbangan aspek keselesaan dan praktikaliti untuk kegunaan seharian, dan tidak ketinggalan saiz badan kompak dan pengendalian yang meyakinkan untuk semua jenis cuaca atau keadaan jalan.
Berdasarkan video acah yang turut dimuat naik, crossover baru Mitsubishi itu membawakan elemen rekaan yang hampir sama dengan model XFC Concept.
Sementara ruang kabin pula membawakan susun atur papan pemuka yang lebih moden, seperti skrin tengah yang lebar, diikuti dengan skrin kluster digital penuh, dan sistem audio Dynamic Sound yang dibangunkan oleh Yamaha.
Menurut ketua pakar produk Mitsubishi Motors, Masahiro Ito berkata, "kami membangunkan sistem Dynamic Sound Yamaha Premium dengan tumpuan lebih kepada penghasilan bunyi berkualiti tinggi, supaya pelanggan dapat menikmati pengalaman pemanduan yang menyeronokkan.
"Sistem ini bukan sahaja boleh melaraskan tahap kelantangan suara mengikut kelajuan kenderaan, ia juga boleh melaraskan kualiti suara dengan lontaran base yang meriah, ton pertengahan dan tinggi yang lebih jelas walaupun semasa memandu atas permukaan yang kasar.
Teaser SUV baharu Mitsubishi