Mitsubishi ASX 2023 - guna platform, enjin Renault Captur

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi ASX merupakan antara crossover yang sudah pun lama berada di pasaran sejak dari tahun 2010 lagi, dan ia dikhabarkan bakal mendapat model pengganti kelak sebagai model generasi baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terima kasih kepada rakan pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi, crossover ASX tersebut kini menggunakan platform sedia ada yang digunakan pada model Captur generasi kedua, diikuti dengan penawaran enjin yang hampir sama.

ASX versi asas akan didatangkan dengan enjin tiga silinder sebaris 1.0 liter turbo yang mampu menghasilkan 91 hp dengan padanan transmisi manual, diikuti dengan enjin 1.3 liter berkuasa 140 hp (manual) atau 158 hp (DCT tujuh kelajuan).
 

ASX


Sementara versi hibrid pula menampilkan enjin 1.6 liter NA dengan padanan motor elektrik dan pek bateri 1.3 kWh, di mana kuasa gandingan adalah sekitar 145 hp.

Versi plug-in hybrid pula menggunakan tetapan enjin yang hampir sama, kecuali dengan motor elektrik berkembar dengan kuasa gandingan 160 hp dan pek bateri 10.5 kWh untuk jarak operasi sifar emisi yang lebih jauh (48 km).

Selain daripada model ASX, Mitsubishi juga akan melancarkan model Colt generasi baharu yang menggunakan platform Clio pada tahun hadapan.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Model baharu itu akan mula diperkenalkan pada 8 Jun dan merupakan model rebadge bagi Renault Clio…
Berita Global
Menerusi kerjasama kejuruteraan lencana dengan rakan sepakatan Renault, Mitsubishi ASX 2023 secara…