Mitsubishi ASX 2023 - crossover generasi baharu berwajah Renault

oleh Mohamad Hanif|
Setelah beberapa tahun bertahan di pasaran, Mitsubishi akhirnya secara rasmi melancarkan generasi baharu crossover segmen B Mitsubishi ASX 2023.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menerusi kerjasama kejuruteraan lencana dengan rakan sepakatan Renault, Mitsubishi ASX 2023 secara zahirnya merupakan model kembar kepada Renault Captur, dengan perbezaan dari segi penampilan logo sahaja.
 

ASX


Seperkara menarik, bahagian belakang ASX tidak lagi didatangkan dengan logo Mitsubishi, sebaliknya digantikan dengan perkataan MITSUBISHI, mengikut jejak langkah beberapa pengeluar seperti Proton dan juga Lexus.

Terdapat beberapa pilihan enjin ditawarkan untuk pasaran Eropah, dimulakan dengan enjin tiga silinder sebaris 1.0 liter (90 hp), enjin 1.3 liter turbo dengan teknologi hibrid ringan 12V (output kuasa 138 hp atau 155 hp) dengan padanan transmisi manual enam kelajuan atau klac berkembar tujuh nisbah kelajuan.

 

PHEV


Versi hibrid penuh menampilkan enjin 1.6 liter yang dipadankan dengan dua motor elektrik serta transmisi automatik pelbagai mod yang mampu menjana kuasa 141 hp.

Akhir sekali, ASX plug-in hybrid (PHEV) 157 hp yang terdiri daripada enjin 1.6 liter, dua motor elektrik, dan pek bateri 10.5 kWh yang membenarkan jarak sifar emisi sejauh 49 km.
 

ASX


Untuk ruang kabin, terdapat pilihan skrin digital 10.25 inci dengan fungsi navigasi 3D, atau skrin tujuh inci yang lebih kecil atau gandingan meter analog dengan skrin sebesar 4.2 inci sahaja.

Sementara skrin tengah boleh disesuaikan dengan pilihan saiz tujuh inci melintang, atau 9.3 inci dengan orientasi menegak, selain menyokong sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto, pilihan mod pemanduan, serta sistem pencahayaan ambien lapan warna.

Untuk memaksimumkan ruang penumpang atau ruang kargo, kerusi baris kedua boleh dilaras kedudukannya ke depan atau ke belakang, dengan kapasiti kargo bermula dari 332 liter hingga 401 liter bergantung kepada konfigurasi tempat duduk yang disebutkan tadi.
 

ASX


Mitsubishi ASX 2023 turut dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan termaju termasuklah sistem brek kecemasan, pengesanan pejalan kaki dan penunggang basikal, amaran pelanggaran belakang, bantuan pengekalan lorong aktif, dan pengecaman papan tanda.

Selain itu, terdapat juga ciri bantuan titik buta, amaran kelajuan, kawalan jelajah adaptif dan bantuan suluhan tinggi tersedia.

Varian tertinggi pula didatangkan dengan ciri pemanduan MI-PILOT yang menggandingkan ciri kawalan jelajah adaptif dan bantuan pengekalan tengah lorong.
 

ASX


Penjualan model ASX 2023 akan bermula di Jerman pada Mac 2023 serta beberapa pasaran Eropah di mana jenama Mitsubishi masih lagi aktif.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Model baharu itu akan mula diperkenalkan pada 8 Jun dan merupakan model rebadge bagi Renault Clio…
Berita Global
Terima kasih kepada rakan pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi, crossover ASX tersebut kini…