Mitsubishi ASX 2020 - facelift terakhir sebelum mengecil dimensinya

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mitsubishi baharu sahaja melancarkan crossover ASX facelift untuk tahun produksi 2020 khusus buat pasaran UK. 

SUV generasi ketiga daripada nama asal Mitsubishi RVR ini sebenarnya sudah sembila tahun di pasaran di mana nama RVR tersebut masih lagi kekal digunakan di pasaran domestik Jepun. 

Namun, untuk pasaran lain nama ASX lebih mesra didengar manakala di Amerika Syarikat dan Indonesia, mungkin anda pernah mendengar nama Outlander Sport yang merujuk kepada model yang sama. 
 


Versi facelift ini banyak menekankan elemen Dynamic Shield di bahagian hadapan, sekaligus menampakkan perubahan yang lebih segar dan selari dengan peredaran zaman. 

Mungkin sekali imbas, anda akan menyangka ia sebuah Eclipse Cross di bahagian hadapan.

Selain daripada itu, rim aloi baharu bersaiz 18 inci turut dimuatkan manakala di bahagian belakang, lampu LED baharu menggantikan rekaan yang lama.

 


Untuk ruang dalaman pula, perubahan yang dibawakan cukup minima di mana sesetengah bahagian menerima kemasan warna piano black, dan tombol kawalan pendingin hawa juga direka baharu. 

Unit infotainmen Mitsubishi ASX ini juga kini lebih besar bersaiz 8 inci dan membawakan sambungan kepada Android Auto, Apple CarPlay serta sistem radio DAB. 

Enjin 2.0 liter yang menghasilkan 150 PS dan 195 Nm kini dikekalkan manakala pilihan enjin yang bersesaran lebih kecil (1.6 liter) pula telah digugurkan daripada senarai. 
 


Sistem pacuan juga didatangkan dengan pilihan sama ada pacuan roda hadapan atau pacuan semua roda AWD, manakala transmisi CVT pula ditawarkan sebagai opsyen. 

Aspek keselamatan tidak diabaikan apabila Mitsubishi ASX turut hadir dengan kelengkapan terkini seperti Amaran Titik Buta, Bantuan Penukaran Laluan serta Amaran Lintasan Trafik Belakang. 

Untuk pasaran UK, terdapat dua pilihan trim iaitu Design dan Dynamic manakala harga pula akan diumumkan pada pelancaran yang dijangka akan dibuat pada September nanti. 
 


Ini mungkin merupakan perubahan terakhir yang dibawakan pada Mitsubishi ASX dan mengikut perancangan SUV Mitsubishi bermula tahun 2020, SUV tersebut dijangka akan mengecil dimensinya manakala Outlander pula akan membesar berbanding model sedia ada. 

Perubahan tersebut dijangka akan mengukuhkan lagi penguasaan Mitsubishi dalam segmen tersebut dengan penawaran barisan SUV yang lebih seimbang dan tidak terlalu dekat saiz dan dimensinya. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Antaranya termasuklah keicar Delica Mini, diikuti oleh Triton, ASX, Colt, Xpander HEV dan sebuah…
Berita Global
RVR mula ditawarkan di Jepun pada 2010 dan usia bukan penghalang untuk sesebuah model terus dijual…
Berita Global
Berdasarkan pengumuman terbaharu yang dibuat, generasi baharu crossover Mitsubishi ASX akan…