Mitsubishi AS sambut ulang tahun ke-40, lancar Outlander PHEV edisi khas hitam bergaya

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Motors North America sebenarnya tidaklah menyambut ulang tahun yang ke-40 pada tahun ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Mereka sebenarnya lewat dua tahun, namun itu tidak menghalang mereka daripada memperkenalkan model Outlander edisi ulang tahun ke-40.

Pembeli boleh mendapatkan Outlander edisi 40 tahun ini dalam versi petrol 2.5 liter (181 hp dan 245 Nm) yang dipadankan dengan transmisi CVT dan sistem pacuan semua roda standard.
 

phev


Terdapat juga varian plug-in hybrid (PHEV) yang didatangkan dengan gandingan enjin 2.4 liter, pek bateri 20 kWh dan dua motor elektrik yang mampu menghasilkan kuasa keseluruhan 248 hp dan 450 Nm, serta jarak gerak sifar emisi 61 km.

Kedua-dua varian tersebut adalah berdasarkan trim SEL Premium namun dengan ciri unik seperti warna luaran Black Diamond dan bumbung Bronze, lencana ulang tahun ke-40 serta struktur jeriji hadapan dan scuff plate bercahaya.
 

40


Untuk ruang kabin, versi ulang tahun ini dilengkapi dengan tempat duduk balutan kulit semi-aniline dan fungsi pemanas untuk kedua-dua baris tempat duduk.

Secara standard, anda akan mendapat skrin kluster digital 12.3 inci, skrin paparan head-up bersaiz 10.8 inci, skrin infohibur sembilan inci dengan fungsi navigasi GPS, roda stereng dengan fungsi pemanas, sistem audio premium Bose dengan 10 pembesar suara dan bumbung panorama.
 

50


Harga jualan Mitsubishi Outlander 40th Anniversary Edition bermula dari $39,995 (RM171,399) sementara Outlander PHEV 40th Anniversary Edition pula bermula dari $49,995 (RM214,254).