Mitsubishi Airtrek 2022 - SUV elektrik 181 hp, jarak gerak 520 km, khas untuk pasaran China sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Nama Mitsubishi Airtrek - SUV yang agak popular suatu ketika dahulu di kalangan mat famili - kini muncul semula di China, namun kali ini ia 'dijelmakan' semula sebagai sebuah SUV berkuasa elektrik sepenuhnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Previu Airtrek diperlihatkan buat kali pertama pada April yang lalu, dan menerusi acara Guangzhou Auto Show, Mitsubishi kini mendedahkan lebih banyak perincian berhubung 'e-cruising SUV' hasil kerjasama dengan syarikat tempatan GAC Mitsubishi Motors.
 

Airtrek


Dari segi dimensi, Airtrek membawakan ukuran sepanjang 4,630 mm, lebar 1,920 mm, tinggi 1,728 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,830 mm.

Menurut laporan media tempatan, Airtrek EV ini mempunyai motor elektrik yang mampu menghasilkan 181 hp, dan pek bateri 69.9 kWh dengan jarak pemanduan sejauh kira-kira 520 km.
 

AIrtrek


Biarpun menggunakan asas daripada SUV Aion V, namun Mitsubishi tetap membawakan identiti yang tersendiri pada model Airtrek EV ini, dimulakan dengan bahasa rekaan Dynamic Shield, diikuti dengan rekaan unit lampu utama berkembar dengan lampu DRL LED pada bahagian atas.

Sebagai sebuah SUV elektrik, ia membawakan rekaan gril yang tertutup, pemegang pintu yang tertanam dalam badan, serta kehadiran unit kamera dan penderia radar yang diposisikan pada bahagian hadapan.

Unit lampu belakang pula diberikan rekaan grafik berbentuk L yang agak besar, sementara pintu tailgate pula sengaja dibiarkan kosong.
 

Airtrek


Rekaan ruang kabin pula agak ringkas, di mana ia kini menempatkan skrin kluster digital dengan teknologi realiti terimbuh untuk sistem navigasi, skrin infotainmen yang menempatkan segala macam kawalan kenderaan, serta konsol tengah yang agak ringkas menempatkan butang penukaran mod pemanduan jenis rotari.

Mitsubishi Airtrek 2022 dijangka mula dijual bermula tahun depan.