MITI tidak endah alasan buka sektor automotif

oleh HEZERI SAMSURI|
Pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri nampaknya tidak mengendahkan rayuan industri automotif untuk membuka ruang kepada mereka semasa PKP 3.0 ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Careta difahamkan bahawa Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menghantar surat rayuan agar sektor tersebut diberi sedikit kelonggaran untuk beroperasi.

MAA mencadangkan bahawa impak negatif dari penutupan terus sektor tersebut selepas 15 Jun akan menyebabkan:

1. 700,000 pekerja menghadapi risiko diberhentikan pekerjaan.

2. Sektor eksport termasuk kenderaan komponen terhenti 100 peratus.

3. Kredibiliti syarikat tempatan yang melakukan kegiatan eksport terus terjejas kerana tidak dapat memenuhi kontrak perjanjian pembekalan produk kepada pelanggan global.

4. Tambahan kos yang tinggi kepada syarikat kenderaan kerana terpaksa terus membayar ruang simpanan kerana stok komponen yang menimbun di kilang-kilang dan di gudang penyimpanan di pelabuhan.

5. Tiada kenderaan baharu boleh didaftarkan kerana agensi seperti JPJ, APAD, LPKP dan Puspakom tidak beroperasi sepenuhnya semasa Sekatan Pergerakan Penuh (SPP).

6. Pendapatan negara terjejas kerana sektor automotif menyumbang sebanyak 4 peratus kepada KDNK negara dan berbillion ringgit setiap tahun dalam bentuk kutipan cukai, duti eksais, duti import, cukai jualan dan cukai jalan.

7. Menjejaskan industri sokongan seperti sektor kewangan, insurans, aksesori kenderaan dan ratusan tibu pekerja-pekerja mereka.

Namun begitu pengumuman pelanjutan tempoh SPP tidak melihat sebarang perubahan dari SOP dan industri automotif terus "berehat" dengan anggapan kesemua syarikat mempunyai simpanan yang mencukupi untuk terus membayar kos-kos operasi.

Memang mudah untuk menutup semua sektor ekonomi tetapi perancangan untuk membantu pembangunan mereka selepas ia dibuka semula, dan usaha untuk membantu jutaan pekerja-pekerja yang terjejas semasa SPP tidak dilihat begitu banyak membantu mengurangkan tekanan kepada rakyat. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MITI dan agensinya MIDA, turut telah menggerakkan pasukan khusus melibatkan PERKESO dan Jabatan…
Berita Domestik
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz…
Berita Domestik
Menurutnya, setakat ini kerajaan masih mengekalkan sasaran awal tersebut namun beliau bersama-sama…