MITI kenal pasti strategi baharu EV negara

oleh Mohamad Hanif|
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedang mengenalpasti strategi baharu bagi mempromosikan industri kenderaan elektrik (EV) negara kepada pelabur.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beliau juga telah mengadakan perbincangan bersama Kementerian Kewangan dalam dialog Belanjawan 2022 mengenai satu dasar yang merangkumi pakej insentif yang turut memberi fokus kepada pengguna.

Menurutnya, pembentukan dasar tersebut bertujuan menarik pelaburan ekosistem industri terbabit selain turut mengukuhkan insentif sedia ada untuk pengeluar kenderaan dan komponen EV.

“Langkah ini dijangka dapat menggalakkan pelaburan daripada segi pengeluaran EV atau komponennya, sokongan infrastruktur termasuk stesen pengecas EV serta meningkatkan permintaan pengguna terhadap penggunaan kenderaan EV,” katanya pada sesi penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Rabu.

Mohamed Azmin berkata, Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020 turut memberi keutamaan kepada pembangunan industri pengeluaran kenderaan cekap tenaga (EEV) termasuk EV.

“Ini termasuk pembuatan komponen kritikal, penetapan standard bagi menyokong ekosistem EV dan menggalakkan aktiviti penyelidikan serta pembangunan untuk membangunkan teknologi tempatan," katanya.

Sumber: Sinar Harian
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MITI dan agensinya MIDA, turut telah menggerakkan pasukan khusus melibatkan PERKESO dan Jabatan…
Berita Domestik
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz…
Berita Domestik
Menurutnya, setakat ini kerajaan masih mengekalkan sasaran awal tersebut namun beliau bersama-sama…