MITI jawab tuduhan MAA terhadap dakwaan lewat lulus harga kenderaan baharu

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini adalah jawapan balas daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) merujuk kepada artikel Malaysian Automotive Association (MAA) di The Edge pada 16 Januari 2019 "Malaysian Automotive Associations slams govt for delaying new car pricing approval".

MITI ingin memaklumkan bahawa jawatankuasa Automotive Business Development Committee (ABDC) yang terdiri daripada wakil MITI, Kementerian Kewangan (MOF), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (RMCD) bukanlah jawatankuasa yang baharu seperti mana yang didakwa di dalam artikel. 

Sebaliknya, ABDC ditubuhkan sejak tahun 2006 dalam usaha untuk memudahkan proses membuat keputusan kolektif dalam menentukan insentif kepada syarikat pengeluar kenderaan, dan ahli di bawah MMA juga mula memohon insentif daripada ABDC pada tahun yang sama. 

Dalam proses membuat keputusan, Analisis Manfaat Kos (CBA) juga diambil kira oleh ahli jawatankuasa pada mesyuarat yang diadakan secara bulanan, dan mesyuarat ABDC khas sekiranya diperlukan.
 


Antara objektif ABDC adalah untuk menilai dan menyarankan beberapa perkara seperti Industrial Linkage Program (ILP), Multi Sourcing Parts (MSP) dan insentif khusus bagi Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) di bawah Dasar Automotif Negara (NAP) 2014.

Segala saranan daripada ABDC adalah untuk dinilai oleh MOF dari segi amaun pengurangan duti kepada syarikat pengeluar kenderaan. 

Harus diingatkan bahawa surat kelulusan daripada MOF juga menyatakan secara jelas bahawa keuntungan yang diperoleh daripada insentif syarikat automotif akan diserahkan kepada Rakyat. 


Jika dilihat menerusi amalan kerajaan terdahulu, sesetengah syarikat automotif telah menerima insentif secara terus daripada MOF tanpa merujuk kepada jawatankuasa ABDC. 

Kebanyakan permohonan telah diluluskan tanpa penilaian secara menyeluruh dalam menentukan pulangan pelaburan kepada pihak Kerajaan. 

Walaubagaimanapun, selari dengan aspirasi daripada kerajaan baharu, MOF dan MITI bersetuju bahawa proses membuat keputusan haruslah telus dan adil, serta dinilai sepenuhnya oleh jawatankuasa ABDC.
 


Segala proses dan tadbir urus di bawah Kerajaan semasa adalah untuk memastikan insentif diberikan dan disalurkan kepada penerima yang layak dan berhak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. 

MITI akan sentiasa berusaha untuk memastikan dana awam dan wang pembayar cukai digunakan secara optimum untuk manfaat Rakyat. 

MITI sangat mengalu-alukan maklum balas yang membina daripada pemain industri dan menjemput MAA serta mana-mana pemain industri untuk mengadakan rundingan lanjut berkenaan hal ini demi memastikan setiap keluhan didengari dan memantapkan lagi pertumbuhan industri automotif negara. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MITI dan agensinya MIDA, turut telah menggerakkan pasukan khusus melibatkan PERKESO dan Jabatan…
Berita Domestik
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz…
Berita Domestik
Menurutnya, setakat ini kerajaan masih mengekalkan sasaran awal tersebut namun beliau bersama-sama…