MITI bincang dengan Proton, Perodua percepat pengeluaran EV nasional mampu milik - laporan

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Carlist
Sehingga ke saat ini, pasaran Malaysia telah menerima kehadiran beberapa buah model kenderaan elektrik (EV) serba baharu.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, EV bukanlah satu pilihan yang lebih mampu milik untuk semua pihak disebabkan harga jualan yang masih lagi tinggi, sehingga menimbulkan persepsi EV hanya disasarkan untuk golongan kaya sahaja.

Disebabkan itu, pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedang berbincang dengan pengeluar kenderaan tempatan seperti Proton dan Perodua untuk menawarkan alternatif kenderaan elektrik nasional yang lebih mampu milik.
 

EV


Menurut laporan Bernama, Menteri MITI Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pihaknya akan turut menambahbaik garis panduan semasa permit import (AP) dengan memberikan fleksibiliti ke atas kuantiti maksimum pengimportan kenderaan CBU bagi kajian pasaran pra-pemasangan (Market Research Pre-Assembly, MRA).

Ia bertujuan untuk memberikan peluang kepada syarikat-syarikat pemasangan tempatan untuk menilai keperluan pasaran baharu untuk segmen EV sebelum memulakan pengeluaran.

"Langkah penambahbaikan ini juga dijangka akan memberi lebih pilihan EV untuk ditawarkan dalam pasaran kepada rakyat," katanya pada sesi penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini (semalam).

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MITI dan agensinya MIDA, turut telah menggerakkan pasukan khusus melibatkan PERKESO dan Jabatan…
Berita Domestik
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz…
Berita Domestik
Menurutnya, setakat ini kerajaan masih mengekalkan sasaran awal tersebut namun beliau bersama-sama…