Mission: Impossible - Tom Cruise pandu BMW M5!

oleh Mohamad Hanif|
Watak fiksyen agen IMF, Ethan Hunt di dalam siri Mission: Impossibles yang dilakonkan oleh Tom Cruise dikhabarkan bakal menerima bantuan daripada jentera terbaharu BMW M5 untuk filem yang akan datang, bergelar Fallout.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Simon Pegg, pemegang watak di dalam siri tersebut mengesahkan bahawa pemilihan jentera M5 tersebut merupakan satu perkara yang bersesuaian dengan teknik pemanduan yang ditunjukkan oleh Tom Cruise, seperti mana yang pernah beliau tunjukkan pada filem terdahulu. 

Pada filem Rogue Nation, Cruise memandu sebuah BMW M3 di dalam keadaan mengundur menuruni tangga yang mana insiden tersebut turut memberikan kecederaan whiplash kepada Pegg yang ketika itu menjadi pembantu pemandu. 

Penyertaan BMW M5 di dalam siri terbaharu itu bakal dilengkapkan dengan pengenalan jentera lain seperti sedan 5 series 1986, 7 series dan sebuah motosikal BMW R nineT. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun untuk memenuhi permintaan pasaran yang semakin mengecil mungkin satu halangan yang sukar, dan…
Berita Global
Di Athens, Greece, seorang pengguna FB Stelius Trantalidis (seperti yang dilaporkan oleh Carscoops…
Pelancaran
BMW i4 M50 2022 BMW i4 M50 merupakan kenderaan elektrik berlogokan M yang pertama, dan ia…